//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, February 21, 2005

kesal atau sesal

apapun kata akar bagi menyesal, 'menyesal' adalah sebijik 'hantu' yang akan menghantui kita tak kira kita ke mana jua kita pergi. hantu yang sering ekori jika kita tak mahu menghalaunya. anda pernah menyesal? jika jawapan anda tidak, saya katakan anda seorang yang berkeyakinan tinggi setinggi everest, atau anda egois atau pula cuba berfikiran positif. bagi yang pernah menyesal, itu bukannya kegagalan atau kelemahan diri tapi cuma kesilapan dalam membuat keputusan. membuat keputusan penting dalam hidup mmg sukar. lebih sukar daripada menghadapi sebarang kertas peperiksaan. kerana kertas peperiksaan boleh diulang semula. hahaha. perjalanan hidup tak boleh diulang, cuma boleh diperbaiki.

anda pernah menyesal? terus terang saya katakan, saya pernah menyesal. cuma sesalan itu saya cuba jadikan panduan untuk cabaran hidup kemudiannya. sesalan yang paling kerap saya buat, sebagai pelajar adalah tidak cuba belajar dengan sebaiknya. masih ingat masa hari2 akhir menghadapi ujian penilaian sekolah rendah. saya sibuk menghafal peribahasa dan sebagainya pada malam sebelum periksa. membaca buku sambil memegang torch-light di atas katil di dalam kelambu. bila mengenang kembali saat2 itu selepas mendapat keputusan, hati cuba menyenangkan otak dengan berbisik 'mesti dapat semua A kalau aku baca dari awal2.' 'hantu' sesal tu hilang sekejap lepas bersungguh2 belajar, buat persedian awal walaupun takder la baca buku 4,5 jam sehari. setahun 2 lepas tu, sikap malas datang balik. 'hantu last minute' duduk atas kepala. provoke utk lebihkan main dari belajar.

tapi endah tak endah, berjaya belajar walaupun 3, 4 bulan sebelum periksa penilaian menengah rendah. tu pun sebab kena pergi kelas tambahan, kalau tidak pasti hantu sesal tu datang balik. relief bila dapat tahu keputusan. legaaaaaaa! jadi takder la peluang hantu sesal nak duduk bertenggek atas kepala. hahahaha!

selain belajar, hidup ini penuh dengan pelbagai pilihan, untuk mengelak 'kesal atau sesal' di kemudiannya, kita perlu pandai memilih. tapi bagaimana pula kita hendak memilih? anda tahu?

4 Comments:

Blogger sirapz said...

imbuhan 'me' + 'sesal' = 'menyesal'
imbuhan 'me' + 'kesal' = 'mengesal' :P

sekian, klas BM tuk ari nih...

12:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

pilih?? percayalah..mmg susah nak memilih. xtahu apa yg akan berlaku lepas kita buat pilihan atau tak memilih langsung..

5:19 PM  
Blogger awan said...

(k/s)esal tu perkara biasa dlm hidup, part of life. cuma yang penting kita kena beringat sebelum buat keputusan, sewaktu berfikir ketika menilai.

ppl always go with gut feelings, tapi kena saring akal yg cermat juga ya.

:)

6:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

penah kesal dan sesal,cuma kadangkala kita terleka sbb sesal dan kesal itu,impaknya dalam hidup kita adalah kecil.sbb itu kita berupaya mengulanginya lagi :)

semoga kita semua,kalau nak sesal dan kesal,biarlah dari awal.bak kata pepatah,kalo dah kemudian,mmg tak berguna.

[ zuril ]

4:28 AM  

Post a Comment

<< Home