bahagia
aku lihat wajah tua
duduk sendiri dibalik jendela
tunduk rendah membongkok2
bagai menyeru ayam berkokok
lalu ku sapa si wajah tua
tiada balasnya mungkin ku dah menduga
kerna gegendangnya sudah berusia
penat terima beribu rahsia
ku lambaikan tangan padanya
tidak disambut kaku sahaja
bagaikan tak peduli warta dunia
dah penat barangkali mendengar dusta
ku panggil tidak menyahut
ku lambai tidak menyahut
kusut
aku jadi kalut
takut ku takut pada yg SATU
kerna ku tahu yg si dia dah kaku
menyahut panggilanNYA itu ku tahu
dia pergi tanpa memberitahuku
wajah tua
wajah tua
sunyi sepi
tiada siapa
tak ku sangka begini akhirnya
tapi ku pasti dia pergi untuk bahagia
syukur
bahagia yg bagaimana aku cari? bahagia yg bagaimana engkau akan pilih?
enjoy the lovely day!
3 Comments:
wei aku dah pindah kat blog baru..
ijok, sila bg alamat surat menyurat
ijoks.wordpress.com
Post a Comment
<< Home