//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Saturday, February 26, 2005

batu keras



bila pikir pasal 'keras', orang akan fikirkan batu. benda apa yang paling keras dalam dunia? batu permata? tapi, hati/kepala juga boleh jadi 'keras'. keras hati, keras kepala atau sama dengan degil.

--------------------------------------


setiap hari, aku cuba menilai diri sendiri. apa kebaikan, apa keburukan, pencapaian, kegagalan, yang aku dapat dalam hari tu. setiap hari dinilai, difikir, difikir dan dinilai kembali, dapatan aku yang kerap keluar sama dengan hati.

apakah penyebab proses hati berubah. adakah ni adalah proses biologi makhluk yang dinamakan manusia. adakah hormon2 mula berubah? kenapa perlu berubah? adakah aku sudah lali, sudah tertekan? kenapa aku perlu tertekan? hahaha, banyak pulak tanya. sapa nak jawab?

--------------------------------------


apa cerita nih? melalut ntah kemana2. sebenarnya aku dapati aku jadi marah dan keras hati bila aku lihat orang yang menagih simpati. aku dapati aku sudah tiada rasa simpati. gerak hati mengatakan itu adalah lakonan dan pura2 untuk tagih rasa simpati. aku bosan dengan orang yang cuba ambil kesempatan dengan kelebihan/kekurangan orang lain.

jadi, tolong! aku minta, aku pinta, aku rayu. tolong jangan berpura-pura, jangan mengada-ngada, jangan tergedik-gedik. kalau aku jumpa, aku jadi bengang, aku jadi marah, aku bengang! aku tak mahu jadi orang yang tak tahu bersimpati. aku tak mahu hati jadi 'keras' bak keras batu.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

teringin nak jadi seorang yang keras hati bila tiba keadaan macam ni --> kita lembut hati orang ambil kesempatan yang melampau.

setiap manusia pasti terlebih satu sifat,sama ada terlalu keras hati atau terlalu lembut hati.dan pengalaman yang kita lalui,akan memberitahu kita bilakah masa kita harus keras/lembut hati.

[ zuril ]

8:43 AM  

Post a Comment

<< Home