//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Wednesday, September 15, 2004

mari mengundi

mari, mari marilah mengundi. hari ni dipaksa mengundi. sungguh tidak demokratik. huhuhuhu. takder la. sebenarnya hari ini adalah pilahanraya universiti. pada awalnya, agak malas untuk keluar mengundi memandangkan telah bercadang yang hari ni nak duduk depan di bilik saja. tapi semalam kengkawan aku cakap yang kalau tak pergi mengundi kena ada surat tunkuk sebab, so hari ni kena la pergi mengundi. kang tak pasal2 aku tak grad pulak. bukannya tak nak mengundi, sapa sorang pun tak kenal, apa yang diorang nak buat pada mahasiswa yang masih tinggal. aku tak kisah la sebab insyaAllah aku dah keluar dah semester depan. kalau ada calon fakulti yang perjuangkan untuk mempertingkatkan mutu server UTM ni, aku sokong yang amat tersangat-sangat la. bagi calon umum pulak, kalau ada yang usul untuk sistem wireless atau luaskan parking motor dekat kolej2 baru, pun aku sokong jugak. sebab kemudahan2 lain dah ok aku rasa. mmm ... so aku undi jer yang sesapa aku nampak macam kenal, itu jer strategi mengundi aku nutuk pilihanraya terakhir aku dekat universiti. majulah universiti untuk mahasiswa!

p/s: mengundi? ok la sebab dapat air kotak, huhhuhu


0 Comments:

Post a Comment

<< Home