//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Saturday, November 20, 2004

Raya Fitrah

1 Syawal 1425
--------------

alhamdulillah, raya tahun ni best jugak walaupun tak semua dapat berkumpul pada pagi raya pertama, ada yang sampai petang raya pertama. seperti biasa, raya pertama, susah sket bangun awal sebab malamnya tidur lambat, sama ada tengok tv atau masing2 berborak, atau pergi menyibuk orang buat kerja. tahun ni sama la, lepas balik dari pekan jitra, pukul 1++ macam tu, sambung tengok tv sampai 3, 4 pagi. kalau dah bangun tu, terpaksa la cepat2 pergi mandi, kalau lambat kang kena beratur la. almaklumla, semua nak mandi sebelum solat hari raya. lepas mandi dan siap2 dan terasa hensem dengan baju baru. aku macam biasa, keje tangkap gambar. tapi bila ramai yang belum mandi, susah la sket. makan2 sket sebelum solat fitrah sebab sunat kan makan sebelum solat? lepas solat, baru semua kumpul dekat rumah untuk pergi ziarah pusara moyang2 dan tokwan. sebelum nak tunggu semua sampai, sempat la adakan sesi bergambar dulu. selepas selesai ziarah kubur, aktiviti bebas la. aku pergi rumah tok sebelah bapa pulak. petang baru balik. best2.

malam pula ada makan2, jamuan tertutup famili aku. makan besar la. best2. balik2 kenyang! alhamdulillah!



2 Syawal 1425
--------------

sepatutnya aturcara 2 Syawal tahun sebelumnya adalah menghadiri majlis perantauan kg imam. tapi tahun ni, dah tak buat sebab kepimpinan kg tahun ni tak dapat teruskan majlis tradisi tu. tak tau la sebab apa. pagi tu aku makan kuih raya dengan ketupat. lepas melantak ketupat terasa mengantuk pula, petang tidur. hehehe.

malam ada rumah terbuka pakcik aku, makan sate. huh! sodap. makan lagi! yea!



3 Syawal 1425
--------------

sambung pergi beraya. petang lepas makan ketupat, tidur, zzzZZZZzzz! malam hantar kakak aku ke shahab perdana sebab dia keje esok. malam tu aku terus balik sg. petani. balik tengok rumah. almaklumlah, rumah jiran baru kena masuk pencuri.



4 Syawal 1425
--------------

bangun lewat. online kejap! tak pergi beraya mana pun. memalaskan diri sebab petang nak balik kg. eh! mana ada malas, aku basuh baju la. hehehehe!

5 Syawal 1425
--------------

hari ni best, dapat pergi langkawi. hehehehe! tokey belanja la. bertolak dari kuala perlis pukul 8.30 pagi. sampai langkawi 9.30 pagi. beli tiket balik dan sewa kereta. aku pergi pagi balik petang. korang percaya tak aku sewa kereta ni. klik sini. hehehe, mesti tak percayakan? mana mampu beb, aku sewa kete ni jer. klik sini. pagi. round2 langkawi, kuah->porto malai->pantai cenang->galeri perdana->kuah. petang tu lepas solat zohor, tokey nak pergi membeli belah. so, pergi idaman suri, rams, ismail group. pukul 4 aku hantar tokey pergi dataran lang dan aku pergi jalan2 dekat samudera (supermarket terbesar di langkawi). cari buah tangan langkawi. last2 beli cawan. hehehe. pukul 5.10 ptg pergi ambil tokei dan terus ke jeti. hantar kereta. solat asar dekat jeti. bot pukul 6.00 ptg. sampai kuala perlis 7.00 mlm. huh! penat and enjoyed!



6 Syawal 1425
--------------

bangun lewat. makan kuih raya & ketupat. solat jumaat. lepas solat jumaat ada rumah terbuka ngan kesyukuran sedara sebelah bapa sedara. diorang baru balik dari australia, study dekat sana 4 tahun. makan pun sedap, sate pun ada. yum! yum! malam tu aku berangkat ke sg petani yang lama telah ku tinggalkan.

+credit kepada sepupu aku sebab tolong ambik gambaq



------------------------------

mmg best raya tahun ni berbanding tahun lepas. mungkin sebab dah abis belajar dah kot. mood pun lain. heheheheh. tapi bila dah abis belajar, orang asyik tanya 'nak kerja mana?' pulak. macam2. hehehe. and kepada rerakan yang balas kad raya, tima kasih. dah lama tak dapat kad raya! hehehe! salam aidilfitri dan maaf zahir & batin. wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home