//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, January 03, 2005

baru 05

tiada tajuk

pagi itu cukup indah
bagi mereka keluar beriadah
seperti juga hari-hari yang telah sudah
keluarlah mereka tanpa rasa gundah

gembira, riang, sangat seronok
bermain bersama butiran pasir terasa OK
disambut ayam berkokok
terasa ianya OK

laut biru sungguh tenang
tiada terlihat apa yang tak diundang
dan beterbangan sang kunang-kunang
pada hari yang cukup senang

buih-buih biru disirami
bermain bersama ayah dan umi
gelak ketawa disulami
ikatan bahagia disemi

tapi entah mengapa
buih-buih biru menyapa
bagai rasa marah menerpa
tinggi gah berdiri, mereka jadi lupa

bertenggeklah mereka di tepian
untuk saksikan buih-buih biruan
mereka terpegun, terpaku, kemudian
masih seronok di persisiran

si anak memanggil emak
si adik beritahu kakak
pelik, mereka jadi pekak
kerana ada suara 'lari' dipekik

buih-buih biru terus berderu
tanpa perlu diseru
menyatu menjadi satu
menuju kepada mereka itu

satu satu, diambil, dihanyut
dua dua, dihentam, disalut
tiga tiga, segala jadi kalut
'lari' hanya itu saja dimulut

.....

---------------------------------
SLOT I
---------------------------------

aku rasa aku hanya mampu berimaginasi setakat itu saja. hanya mereka yang rasai mampu menceritakan/mampu menggambarkan. kalau anda mampu meneruskannya, silakan ...

---------------------------------
SLOT II
---------------------------------

bagaimana hari2 anda setelah melangkah ke 2005? seronok dak? tak payah tulis dua kosong kosong empat, dulu selama 365 hari kena tulis dua kosong kosong empat, boring kan? sekarang tidak lagi! teringat masa sekolah dulu, bila masuk tahun baru, pasti tersilap tulis tarikh! betul la orang putih cakap 'practice make perfect'. lagi satu benda yang paling popular bila masuk tahun baru ialah azam tahun baru. benda ni dah jadi kemestian dalam satu2 perbualan, pertelingkahan, perdebatan dan apa2 saja aktiviti yang melibatkan suara dan mulut. jadi, perlukah aku tanya, apa azam korang tahun ni? azam ni angan-angan atau perancangan atau matlamat atau pun motivasi. aku rasa bergantung juga pada individu yang berazam terutamanya individu yang bernama 'azam'. hehehe. kalau azam ni angan-angan, aku kata "hangat-hangat tahi azam". no offense to people name azam. kalau perancangan, aku kata "usaha tangga ke'azam'an", kalau matlamat, aku kata "tepuk dahi, tanya azam", kalau motivasi, aku kata ... err err.. korang pikir la sendirik! apa-apa pun azam korang atau aku, yang penting adalah kerja-kerja meng'execute' azam tu. semoga berjaya berazaman kawan-kawan.

*2/3 hari ni aku tangkap leleh dengan lagu anak pakcik Simpson - tajuk lagunya Shadow! srup .. srup, meleleh air liur nih! iskh!

2 Comments:

Blogger Ikhwan Hayat said...

setiap kali tahun baru mesti aku teringatkan ko lah :D

9:18 AM  
Blogger sirapz said...

azam, apakah azam azam pada tahun ni wahai azam? hehe

10:16 AM  

Post a Comment

<< Home