//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Saturday, December 18, 2004

berjalan berSAMAMU



pejam celik, pejam celik, makan tidur, makan tidur, tup-tup dah hampir setahun aku hidup bersama-sama 2004. cuma tinggal hampir 2 minggu jer lagi untuk bersama-sama 2004. kenangan bersama 2004 cukup menarik, gembira, kecewa, teruja, semuanya ada. aku bagaikan mahu bersama2 2004 untuk setahun lagi. melaluinya sekali lagi. bukan untuk apa. untuk memperbaiki segala yang aku percaya aku dapat lakukan dengan lebih baik, better than before. tapi itu semua tak mungkin wujud kecuali di alam doraemon. huh!

2004 adalah titik tolak untuk fasa hidup aku yang seterusnya. inilah fasa untuk aku bangkit dan merancang perjalanan bersama2 2005. aku harap dapat bersama 2005 dengan lebih baik tapi pengalaman bersama 2004 tak mungkin ada penggantinya. aku tak mahu imbas kenangan bersama 2004 disini kerana aku harap ia hanya akan menjadi kenangan aku dan 2004. selamanya!

sepanjang 2004, aku ditemani dan dikelilingi oleh orang2 yang bergelar rakan, kawan, sahabat dan guru2. mereka punya character dan istimewanya yang aku gelar sendiri. musuh? aku tidak tahu aku punyai musuh kerana aku tidak ingin bermusuh. kecuali mereka yang ingin anggap aku sebagai musuh. terpulang pada diri masing2. kepada mereka, rakan, kawan, sahabat, guru dan juga musuh(?), aku ucap terima kasih dengan pengalaman, perkongsian, pertolongan, pemberian kamu semua. pengalaman 2004 bersama mereka akan luput dari ingatan.

hidup 2004 aku pula penuh gembira walau ada susah dan sukarnya. tapi aku gembira kerana melaluinya. kerana aku tak mungkin akan dapat 'ia' dalam 2005. 2005 is another chapter. i won't to talk about it. tapi aku terima kasih dan syukur kepada Allah s.w.t di atas segala pengalaman yang diberikan. this was real!

kini aku cuma membilang waktu untuk meninggalkan 2004. i'll missed her pada waktu aku melangkah 2005. moga2 kenangan bersama 2004 memberi momentum untuk aku berterusan hidup bersama 2005. yea! good luck to all of us!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home