//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Thursday, January 05, 2006

Prehistoric

prehistoric?
menjejakkan kaki ke 2006 sungguh mengujakan (seperti tahun sebelumnya). penuh dengan semangat, terisi dengan keazaman serta sibuk dengan perancangan (seperti tahun sebelumnya). semuanya pasti tidak bermakna tanpa ada yang direalisasikan (seperti tahun sebelumnya). muahahahaha

apa bicara tahun baru? selain sibuk dengan azam baru masing2. sekolah juga telah bermula sempena tahun baru (seperti juga tahun sebelumnya). mengimbau zaman sekolah terutamnya sekolah rendah, memang menyeronokkan ... mendapat peralatan sekolah baru (kasut, beg, baju, buku2). aku tak pasti sama ada aku menangis pada hari pertama sekolah. yang aku ingat, hari pertama aku duduk di atas bangku bersama-sama orang2 asing yang tidak dikenali. orang2 besar ramai menemani orang2 kecil macam aku. aku juga tidak ingat aku di kelas mana (nama kelas?), tapi yang pasti aku ingat nama sekolah; Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Kelana, Tapah, Perak. sekolah ni dekat dengan tol tapah (tak siap lagi masa aku pindah pada darjah 3). aku juga tak ingat lansung nama cikgu, dan apa yang terjadi pada hari pertama tuh. tapi aku ingat aku ada belajar membaca, susah jugak masa tuh nak belajar. ekekekeke, aku mmg dah tak ingat hari pertama aku ke sekolah.

itu dulu, sekarang macam mana? sama atau dah lain? zaman dah berubah, tapi aku rasa situasi dan pengalaman yang dilalui pada hari pertama sama saja. yang lainnya mungkin kemudahan yang lebih hebat, peralatan yang lebih canggih, dan mungkin perkakasan sekolah yang lebih mengagumkan ... selamat bersekolah! back to school! hoyeh!

----------------------------------

prehistoric?
alhamdulillah, sempat aku menjejakkan kaki ke negeri penuh sejarah, tanah melaka. seingat aku dah lama aku tak menjejakkan kaki di sini. kali terakhir mungkin aku masih dalam sekolah rendah. huh, lama amat. tahun baru mula dengan melawat kota sejarah. aku cuba pergi ke tempat yang sesuai untuk minat sendiri, senibina+sejarah+budaya+fotografi. tempat tujuan adalah kawasan jonker street atau Jalan Hang Jebat. tempat yang penuh dengan tourist dan penuh dengan masyarakat cina atau mungkin baba dan nyonya? ruang sempit, rumah2 bertingkat dua yang indah dan usang, semak dengan pelancong serta sesak dengan kenderaan2 moden dan tradisional (beca).

Image hosted by Photobucket.com


tiba seawal pagi, target pertama adalah jonker street dengan kamera moden dan tradisional di tangan. klik! klik! klik! rakus2. tapi melihatkan senibina yg indah, kekadang terlepas petikan shutter akibat leka. jalan itu sesak dengan barang antik tulen dan barang antik tak tulen (buatan kilang). dan juga barang cenderahati dan cenderamata (buatan malaysia dan buatan bukan malaysia). dan yang pastinya, barang junk lebih sikit dari barang2 yang tak sepatutnya (pakaian/fashion related stuff). kalau tak dikawal, for sure jonker street akan jadi bintang walk, muahahahaha. what a waste, i/we don't need another bintang walk.

Image hosted by Photobucket.com


selepas puas menapak di jonker street, aku cari tempat untuk tidur malam tuh. nasib baik rumah baba (baba house) masih ada kosong. dengan kadar below rm100 semalam, aku terus book. interior baba house kena dgn namanya, macam rumah baba ... cuma receptionist dia bukan baba tapi nyonya ... ekekeke ...
selepas check-in, mandi dan solat, pergi ke tempat yang popular; Stadthuys, A Famosa, Bukit St. Paul, pergi yang free saja sebab bajet ciput. klik! klik! klik!

Image hosted by Photobucket.com


kemudian, sebelum senja, teringin nak ke pantai2 indah di melaka, destinasi pilihan adalah pantai kundur. hajat melihat matahari terbenam pudar akibat cuaca yang tidak mengizinkan ... spend some time there after maghrib ... nasib baik ada pasar malam, so lepak2 sambil makan2. klik! klik! klik! dan pulang ke rumah baba. solat dan mandi sebelum keluar ke jonker street again for night market.

Image hosted by Photobucket.com


yup, sebelah malam, jonker street ditutup sebab ada pasar malam, takdak la jual junk tapi lebih kurang macam pasar malam lain cuma ada makanan2 pelik banyak. malam byk kedai makan yang bukak tapi chinese only la ... so, aku tapau roti high 5 jer la, lagi pun tadi dah makan kat pantai kundur. sambung jalan ke stadthuys untuk photo opportunity tapi tak best untuk tangkap gambaq sebab lighting amat hampeh ... lighting tak memberi kesan/impact pada senibina2 yang cun, rugi amat! so, jalan2 sampai A Famosa, jalan lengang, tiada tourist, malam disini amat muram. so, balik ke jonker street dan beli cenderamata. pastu balik dan zzzzzZZZZZzz. what a day.

Image hosted by Photobucket.com


esok, lepas subuh, sambung tidur. rancangan melihat sunrise terbatal begitu saja. ekekekeke, amat letih. selepas sarapan di kafe baba (baba dulu makan roti dengan jem ker?), pergi sekitar area jonker street dan ke masjid kling (btul ker?) klik! klik! klik! out of memory! snap sampai penuh memory card, muahahahahaha. bought a cenderahati dari malaqa house sebelum check-out. terus ke portugis settlement. hampeh, tiada apa yang perlu dilawati di sana, amat bosan. so decide untuk balik. tapi sempat pula singgah di A-Famosa Resort, pusing2 dan terus balik. letih2. zzzZZZZzzzz. warghhh! esok kerja!

4 Comments:

Blogger sirapz said...

huhuhu... travel sana sini sinun. nughul, keta baru nampak...!!!

manyak ringgo hg ek? uloq sket kat aku, nak angkat powershot... tulun laaa wekekekek

12:32 PM  
Blogger analogi said...

yok travel sana sinun... kete pinjam bleh la ... ekekekeke
mana ada banyak ... hutang lagi ada la ...
angkat powershot? ke cybershot? ekekeke, tolon tengok bleh la ... aku tak mampu la ... bila ko nak blanja sate kajang nih ... dah kering tekak aku nih

3:55 PM  
Blogger zuril said...

huuu..di samping cerita yang best, gambar pun best, dan macam biasa buat zuril terkebil-kebil dan rasa "oh jelesnya". hehe.

macam best je rumah baba tu. =)

2:40 AM  
Blogger analogi said...

reply to zuril:
rumah baba tuh mmg best bagi org mcm aku ... scene yang lain dari biasa ... pengalaman yg menarik ... dan tak mahal untuk org mcm aku ...

hanya perlu berjalan kaki utk kemana2 tapi berpeluh la jugak ...

10:25 AM  

Post a Comment

<< Home