//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Tuesday, May 02, 2006

rebirth

Photobucket - Video and Image Hosting


kematian diganti dgn kelahiran. itulah lumrah kehidupan. dan itulah kuasa keagungan Yang Maha Kuasa. semalam, tanggal hari isnin, satu mei dua ribu enam, malaysia menjadi saksi kelahiran semula akhar utusan melayu yg telah dikuburkan kira-kira tiga bulan yang lepas. ada hikmah disebalik segala2nya. jika utusan melayu tidak hilang tiga bulan lepas, pastinya tiada siapa yang mahu ambil peduli tentangnya, termasuk aku sendiri. tapi, segalanya berubah semalam.

dulu, aku kenal tulisan jawi melalui ayat-ayat suci. ini atas jasa baik arwah atuk dan family aku. terkemudian pula, aku kenal yg jawi juga boleh di bahasa melayukan. itu cikgu jawi aku yang ajarkan. selepas terkemudian tersebut, aku terserempak dengan akhbar bertulisan jawi. itu kerja arwah atuk aku. detik itulah aku kenal utusan melayu. tapi sejurus beberapa ketika, utusan melayu hilang. susah sungguh mendapatkannya. arwah atuk aku beralih ke akhbar rumi. tiada lagi jawi.

rupa2nya, ianya tidak hilang sehinggalah tiga bulan lepas. ianya cuma sukar untuk dibeli di toko2 buku berhampiran. keberangkalian toko2 menjual utusan melayu sangat terlalu rendah amat. tapi kini, tiada perlu gusar, ianya menjadi teman sisipan utusan malaysia tiap-tiap hari isnin. jom baca!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home