//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, November 12, 2007

disinikini



disini kini, dimana kemudiannya? dulu kita dijajah, kini kita mencapai 50 tahun merdeka. dulu cuma naik basikal, kini dah punya kenderaan banyak roda. dulu jual goreng pisang, kini dah punya restoren serata malaysia. dulu lain, sekarang dah lain. itu cerita indah kejayaan dulu2, kejayaan nanti bagaimana? takkan kini belajar pandai, kemudiannya jadi penagih dadah, takkan kini punya motorsikal pertama, kemudiannya jadi rempit, takkan kini mewarisi harta banyak, kemudiannya jadi pengemis. dan takkan kini sudah 50thn merdeka, kemudiannya merusuh memberontak tak tentu hala. kronologi sejarah itu cikgu masa depan. di sekolah dulu aku cukup sukakan sejarah. titik tolak kesukaan aku terhadap sejarah sbb aku kenal hang tuah lima bersaudara dan impian aku detik itu adalah berkunjung ke melaka. hehe. adik2 kini tak mungkin mudah suka sejarah. mungkin kini mereka lebih kenal 'the rock' drpd hang tuah. itu kini, kemudiannya nanti taktau lah. ingat masa dulu, org2 tua bercerita, anak2 sgt patuh dan taat pd org tua. kini dah sukar jumpa scene begitu. bukan nak ckp org, aku pun pernah buat macam tu.



disini kini, dimana kemudiannya? aku kini dah hidup suku daripada kehidupan aku. dlm beberapa puluh tahun lagi, kalau umur panjang, aku akan rasa separuh kehidupan aku. secara jujur, lepas habis berlajar dan mula berkerja. aku dah tak byk merancang. hidup aku lebih 'go with the flow'. cara itu bukanlah sesuatu yg baik utk dipraktikkan. adik2, sila jgn tiru! hahaha. but alhamdulillah, aku berterima kasih kepada org2 yg suka paksa buat sesuatu demi masa depan aku. baik sungguh! kini korang nasihat aku, insyaAllah kemudiannya aku dpt tolong org2 ni. sama2 kita merancang hari ini, dan sama2 kita melaksanakan esok. jika semalam tak berapa baik, jadikan hari ini lebih baik. jika semalam sudah baik, it's ok jika hari ini juga baik. jika semalam sudah terbaik, jadikan hari ini terbaik ganda dua. hari ini kita disini, insyaAllah hari kemudiannya kita sudah tahu dimana kita berada.

nota: selamat berjaya menjawab soalan peperiksaan!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home