//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, November 29, 2004

29 November 2004; 16 Syawal 1425H

pejam celik, pejam celik dah 16 hari kita di bulan Syawal. bermakna sudah 16 hari la aku sibuk membuncit perut. sepanjang 16 hari tu, tak banyak yang best berlaku kecuali acara makan dan rumah terbuka yang aku pergi. sekarang ni pun banyak lagi rumah terbuka yang sedia terbuka dan yang akan dibuka. minggu lepas pula, bukan sekadar rumah terbuka, kenduri kahwin pun ada, kenduri berkhatan pun ada. alamat acara membuncitkan perut lagi la bertambah rancak. rejeki la katakan. selain acara membuncitkan perut, ada 2 acara menarik yang lain yang telah aku sertai. pertamanya, revisit padang besar and keduanya pula acara gila pada si bulat.

revisit padang besar
------------------------
agak lama tidak ke padang besar, suatu tempat membeli belah yang sentiasa dikunjungi ramai terutamanya yang mahu bargain dan dapat rege murah. tapi aku pergi bukan untuk membeli belah tapi menumpang kereta orang yang ingin membeli belah. kalau anda sukakan kawasan kg, jalan nak ke padang besar pasti memberi keseronokkan pada anda. macam aku. walaupun nampak semak samun, hutan, sawah padi dan rumah kg jer. pagi yang panas dah terasa sebab asyik seronok melihat keindahan ciptaan tuhan dan manusia. tambah seronok apabila melalui ladang tebu yang jauh mata memandang. tapi malangnya aku tak berupaya merakamkannya sebab aku berada di side yang tak menarik untuk tangkap gambar. ditengah2 ladang tebu tu, nampak macam ada satu oisis (yg macam kat gurun tu). ada kolam besar, dan pokok2 serta rumah orang. mmg best! padang besar letaknya di sempadan malaysia-thailand. pekannya kecik ajer. kalau nak beli belah cuma ada satu tempat yang patut dikunjungi. sebab dekat situ banyak pilihan dan boleh la survey haraga yg paling murah. and kalau anda orang yang pandai bargain, sure tak sangka akan dapat harga yang paling murah. masa rombongan aku sampai (10 pagi), banyak kedai baru buka, so round2 kali pertama, jamu mata. sebelah kompleks tu ada pasar, ada jual buah, kuih, kedai kopi, sayur2, kraftangan dan juga pokok bunga terutamanya pokok orkid. sekali lagi akibat seronok menonton keayuan orkid2, aku terlupa nak snap gambar. kemudian, pergi kompleks balik and round2 kali kedua. aku tengok diorang (partner rombongan) dah mula membeli belah. dah ada 2,3 beg plastik kat tangan. hampir 2 jam jalan2 dekat kompleks, tiba masa untuk berangkat sebab hari ni hari jumaat. sebelum jumaat kena la singgah pekena nasi dulu. dekat perlis ni banyak kedai masakan kg yang sedap2. tu pun kalau pandai cari la. kitaorang singgah dekat restoran dekat ngan timah tasoh (tasik ni dekat dengan mrsm beseri). pekana nasi, kerabu, sambal petai, asam pedas keladi, ulam, and tilapia bakar. huh! terbuka selera. yum! yum! and 5 orang makan cuma about rm16.00. and lepas tu singgah timah tasoh, beli tilapia fresh untuk bakar kat rumah malam ni. yum! yum!

and that's a story of revisiting padang besar.



gila pada si bulat
-------------------------
ini cerita sedih, ini bukan cerita main-main, ini kisah benar. huwaaaaa! pada pagi 19 Okt 2004, dua pemuda yang sibuk melahap kuih2 raya, bersembang tentang hidup masing masing. kejap cerita sedih, kejap cerita lawak dan seminit kemudian cerita menjadi cerita merapu. tapi dengan tidak semena-mena, tidak tahu dari mana ia datang, terpacul berdiri diantara dua pemuda itu. ten ... ten ... tennn... (sound efek suspen). maka terpacul dari mulut salah seorang dari mereka untuk pergi ke satu tempat yang cukup keras lagi dipenuhi lembaga2 yang riuh rendah. dengan penuh yakin dan berani serta bersemangat waja, pemuda yang seorang lagi pun menganguk2kan kepalanya tanya setuju dengan perancangan merbahaya itu. (bahaya sgt ke?) seminggu sudah mereka merancang dan tiada seorang antara mereka berdua ingin menarik diri. mereka cuba2 mengajak 2 orang lagi rakan untuk pergi bersama. kedua2 rakannya itu seperti acuh tidak acuh ingin mengikut bersama tetapi akhirnya berjaya memujuk semangat masing2 untuk pergi menyertai rancangan ini. setelah keempat2nya setuju, ketua rombongan menelefon pula seorang pembekal 'barang baik' bagi membolehkan mereka memasuki kawasan yang dikatakan keras dan akan dipenuhi lembaga2. dengan serta merta pembekal tadi setuju akan cuba mendapatkan 'barang baik' bagi memudahkan 4 sekawan ini meloloskan diri ke tempat yang ingin ditujui.

hujung minggu telah tiba, 4 sekawan pergi menemui pembekal sebelum ke tempat keras tersebut. alangkah terkejutnya mereka apabila pembekal memberitahu bahawa 'barang baik' itu tidak dapat diperolehi akibat kesilapan teknikal. mereka tidak cepat melatah sebaliknya ingin mencuba 'plan b' (bkn album too phat) pula. walaubagaimanapun, pembekal memberitahu akan cuba mendapatkan 'barang baik' itu sebelum malam hujung minggu (malam mereka ke tempat keras itu). paginya, si pembekal memberitahu bahawa 'barang baik' tidak berupaya diperolehi kecuali 4 sekawan tersebut dapat membayar harga yang tinggi. oleh sebab itu, seorang daripada mereka ingin menarik diri, maka tinggal la 3 sekawan untuk meneruskan rancangan mereka. pagi tu juga mereka pergi meninjau2 keadaan tempat keras itu bagi memastikan rancangan malam ini berjalan baik. selain untuk cuba nasib mendapatkan 'barang baik' disitu. tapi nasib tidak menyebelahi mereka. setelah itu, mereka meng'contact' seorang lagi rakan yang berupaya membantu mereka untuk mendapatkan barang baik @ sekurang2nya memudahkan mereka meloloskan diri dengan mudah ke tempat keras tersebut. rakan ini akan cuba dan ingin turut sama menyertai rombongan bahaya ini. jadi, dah jadi 4 sekawan balik.

setelah 4 sekawan tersebut berkumpul, selepas maghrib mereka bertolak ke tempat yang dihajati. dengan rasa berdebar ttg apa nasib mereka pada malam tu, mereka meneruskan perjalanan. sampai disana, tercari parking yang sesuai kerana sudah ramai lembaga2 yang telah tiba. huh! jenuh! ikuti sambungannya di bawah ...

* * * * * * * * * * * * *


dengan tiada tiket ditangan, 4 sekawan meredah banjiran kenderaan disekeliling stadium (tempat keras) untuk mencuba nasib. ribuan manusia membanjiri segenap ruang luar stadium menanti untuk masuk ke stadium kalau2 pintu stadium dibuka lepas setengah jam perlawanan berlangsung. 4 skrin besar sudah disediakan untuk peminat (termasuk aku) yang tak berpeluang mendapatkan tiket panas perlawanan malam tu. maka 4 sekawan ini terpaksa la mencari 'port' yang sesuai untuk menonton di skrin besar sahaja dengan harapan pintu dibuka 1/2 jam kemudian.



perlawanan separuh masa pertama cukup hambar, 4 sekawan berkata "nasib baik tak beli tiket, kalau tidak rugi jugak", ni la ayat untuk menyedapkan hati sbb tak dapat tiket. tapi permainan kedah (45 minit pertama) malam ni cukup mengecewakan. sang badak (sabah) sibuk menyondol kubu kedah dan membuatkan peminat2 kedah malam tu tak senang duduk. half time, 4 sekawan pergi meninggalkan 'port' baik mereka. mencari makanan dan minuman. separuh masa kedua bermula dan mereka segera mencari skrin terdekat. dekat truk polis pun bolehla, janji clear. permainan kedah dah mula menarik, lenguh berdiri pun tak terasa. keadaan bertambah riuh apabila kedah dihadiahkan sepakan penalti. semuanya sabar menunggu sepakan diambil. ...... namun, kejayaan yg diharapkan kegagalan yg diberi. sebaik saja tendangan penalti diselamatkan, peminat2 mula mencongak bahawa malam tu bkn milik kedah. semua kecewa. namun kesabaran mereka terbalas apabila kedah mengasak dan memperolehi gol tunggal malam tu. semua melonjak gembira dan meletup-letup la mercun saki baki hari raya lepas. oleh sebab keadaan semakin menarik, 4 sekawan terlupa tentang pintu utama yang sepatutnya sedia menunggu mereka. bila masa untuk balik, baru teringatkan pintu. lenguh2 kaki tidak terasa apabila kedah menang tipis malam tu. tambah manis apabila jiran tetangga, perlis berjaya layak ke akhir setelah menewaskan pahang. pasti meriah suasana di bukit jalil dan lebuhraya utara selatan menjelang perlawanan akhir nanti. dan 4 sekawan mula merancang untuk ke bukit jalil dan kali ini mereka perlu memastikan perancangan kali ini tidak lagi gagal. hehehe.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home