//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Sunday, December 05, 2004

Si Kenari serah diri pada Sang Singa

oleh analogi




Singa pulang bergaya setelah kenari serah diri dengan gol sendiri malam tadi. Bagai pucuk dicipta ulam mendatang, Singa Utara tidak menoleh kebelakang lagi dengan hanya melakukan kemasan pada benteng terakhir dengan sesekali cuba mengacah benteng Kenari jika memperolehi peluang. Namun kerja keras benteng terakhir kedua2 pasukan menyaksikan tiada tambahan gol diperolehi. Benteng Perlis tampak mantap dengan usaha keras bekas pemain Kedah Andrian Jurad Chamrong. Manakala Kedah begitu cemerlang pada benteng terakhir yang diketuai oleh Cornelius Hugging.

Pada bahagian Midfield, pengusaan ketara milik Kedah dengan larian2 disebelah kiri dan kanan. Permainan Yusri Che Lah agak tenggelam malam tadi dengan tiada cuba2 jarak jauh darinya. Agak kecewa aku dengan permainan Yusri malam semalam.

Pada bahagian serangan, pemberat lebih kepada Kedah. Cubaan ke arah gol lebih banyak dilakukan oleh Kedah setelah mereka ketinggalan 0-1. Ini dapat diperhatikan oleh tandukan Hasmawi Hassan yang sipi ke kiri gol Perlis. dan juga cubaan2 sudut sukar oleh Macros Magno. Namun, Kedah tidak berpeluang merebut changes yang ada untuk memperolehi gol. Ini juga dipengaruhi oleh nasib yang tidak banyak memihak kepada Kedah.




Pada keseluruhannya, Kedah dilihat mendominasi perlawanan dengan possesion yang baik serta peratus success passing yang baik. Larian2 di sebelah sayap kiri dan kanan juga menarik. Namun peluang untuk melakukan cross dan percubaan agak sukar hasil daripada man-marking yang baik oleh pertahanan Perlis. Perlis juga tidak terasa kehilangan Feriza dengan adanya pemain muda yang baik mengawal benteng kiri Perlis. Namun, pujian harus diberi kepada anak buah Azrai Khor kerana mencuba sebaik-baiknya sejak wisel mula. Tapi yang nyata, Piala Malaysia 2004 milik sang Singa Utara. Tahniah buat Singa Utara sebagai juara, tahniah Kedah kerana mencabar hebat ....
and aku hadiahkan replika 'Tangan Emas' buat Andrian Jurad Chamrong kerana lontaran jauhnya berjaya menjadi penyebab kepada kemenangan Sang Singa Utara ... jumpa lagi dalam edisi Piala Malaysia 2005. Majulah sukan untuk Negara Malaysia ... Bai ... Baiii ...

+kredit gambar kepada utusan.com.my
lagi berita
Perlis ibarat di kayangan
Saya minta maaf - Megat
Kedah hilang tumpuan selepas ketinggalan

1 Comments:

Blogger beeXan said...

Sabo je la an_urb... congratz kpd pasukan Perlis... walaupun 'jaringan' gol tu s**ks giler... wekekekeke...

4:57 PM  

Post a Comment

<< Home