//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Sunday, December 05, 2004

hati

kata orang "dari mata turun ke hati". orang lain pula kata "ikut rasa binasa, ikut hati mati". seorang lain pula menyeru "berhati-hati di jalan raya". jadi begitu banyak pepatah, falsafah orang mengenai hati. Selain akal, hati adalah amat dekat kepada manusia. Tidak salah saya katakan, hati berkuasa atas seorang manusia. Akal mengawal kewarasan, hati mengawal tindakan.

entri serius kali ini bukan untuk berbicara sepenuhnya tentang cinta (cinta paling rapat dengan hati). tetapi cuma untuk menilai hati sendiri disamping kewarasan yang ada. lagi orang cakap, "ikutlah kata hati, lihatlah dengan mata hati". kenapa begitu? jawablah dengan kata hati anda.

hati-hati, jagalah hati! rosak hati, rosaklah kesihatan roh. aku pernah dengar ustaz dan ustazah membicarakan tentang hati. kata mereka "jika kita buat sesuatu yang dilarang oleh Allah swt, maka timbullah tompok2 hitam pada hati kita". hati yang hitam pula menyebabkan kita terasa jauh untuk melakukan kebaikan dan juga menerima ilmu.

hati-hati, jagalah hati! penyakit hati sukar diubati! apa pulak! pergi hospital, ambik la ubat! tidak juga, hasad dengki, sakit hati, syak wasangka sukar diubati. ianya tumbuh subur tanpa kita sedari.

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)." (Al- Baqarah; Ayat 10)


* * * * * * * * *


keras hati, kadang kala aku bersikap sebegini. mengapa? entah! mungkin cuba meluahkan rasa protes! mungkin ingin menunjukkan rasa kurang senang! kenapa begitu? kerna aku cuba bersabar, kerna aku cuba bertahan dan mungkin aku tidak mahu meluahkannya. anda keras hati?

gerak hati, gerak hati membantu kita membuat keputusan. walaupun tidak selalu tepat Tapi membantu kita untuk selesaikan masalah. tidak salah aku ungkapkan bahawa gerak hati banyak membantu aku menjawab kertas peperiksaan objektif suatu ketika dulu. bagaimana dengan anda, serupa? tapi aku tidak tahu kenapa gerak hati dikatakan begitu sinonim dengan kaum hawa. yang selalu digelar 'instinct'. spiderman pun ada 'instinct' yang digelar 'spider instinct'. yup! spiderman hanya rekaaan. mungkin 'instinct' kaum hawa adalah salah satu kurniaan Allah swt kepada mereka. mungkin orang lelaki kata kaum hawa lembik, tapi diorang ada 'instinct'. ini akan membantu mereka hidup, berkeluarga, bekerjaya dan seterusnya.

jatuh hati, semua pun pernah bukan?

makan hati, atau dengan kata lain kecewa. tidak salah kalau saya katakan semua orang pernah kecewa, semua orang pernah makan hati. orang tidak kecewa, orang yang tidak gagal, adalah orang yang tidak berjaya meningkat. dalam apa jua yang kita lakukan, kita kadangkala kecewa. itu kehendak alam. kita pelajari sesuatu darinya, kita ubah untuk berjaya. saya makan hati kerna gagal periksa, saya makan hati kerna tidak berjaya ke universiti, saya makan hati kerna gagal mendapat pekerjaan, saya makan hati kerna gagal dalam persahabatan, saya makan hati kerana gagal dalam percintaan. kita semua makan hati.

oleh itu, hati-hati. jaga hati.



p/s: ikut hati, aku mmg tak puas hati sebab asyik dengan entri santai. kali ni saya berhati2 untuk ber'entri' serius. bicaranya tentang hati. namun aku tak punya hati untuk tulis berjela2 kerna hati ini tidak sebersih hati 'mereka'.

+tafsir Al-Quran dirujuk daripada http://quran.al-islam.com/mal

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hey..entry yang baguslah! :)
instinct tu orang lelaki pun ada,cuma..ppuan ni lebih sensitif dengan apa yg dia rasa,yg berkaitan dengan emosi dia.so,itu yang kadangkala menampakkan apa yg ppuan rasa selalunya betul,tepat.

ada yang mengatakan,walaupun ikut rasa hati,mati.tetapi,percayalah pd hati berbanding dgn pancaindera yg lain.dan,hati-hati dengan hati

[ zuril ]

3:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

hati dan instinct memang kadang2 bole pakai dan pecaya...tapi dalam bab becinta rasanya baik ikut akal dan fikiran terutama ppuan....sebab ppuan becinta dia ikut emosi...bila hati dipengaruhi emosi...xbtul dah instinct dan gerak hati tu....melainkan gerak hati dan instinct yg xdpengaruhi emosi tu ok memang bole pakai. Ini pada pendapat akula...

3:12 PM  

Post a Comment

<< Home