//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Tuesday, March 22, 2005

monokotiledon @ dikotiledon

sekali sekala dapat balik kampung memamg seronok. banyak benda baru boleh blajaq. banyak cerita lama, cerita nostalgia dapat dicungkil. sekali sekala mmg seronok. so, minggu lepas dapat balik kampung. belajar monokotiledon dan dikotiledon? pekebenda ...lidon nih? aku pun tak tau? hehehe.

jom cerita proses membuang masa aku di kampung. sebenaqnya balik cuma nak pi kenduri rumah sanak saudara dekat siputeh. tapi last2, spend 2 hari dekat kg. so, byk benda la buat. tapi yang paling best dan benda baru adalah kerja membakaq biji janguih. rasanya buah tu lebih dikenali dengan buah gajus kot. orang daerah ni gelarnya gajus dengan janguih. buah janguih ni la yang biji diluar tu. ada teka-teki , "buah apa yang bijinya diluaq?" tu la buah gajus atau janguih. bila dah masak, buah janguih ada warna-warni, merah, kuning, hijau kekuningan, hitam (buruk). hehehe. janguih ni boleh masak macam2. gulai la masakan yang paling common utk janguih. tapi, orang tak masak sekali dengan biji dia.

jadi orang dulu tak suka membazir. so diorang come out dengan resepi baru. jadi diorang bakaq la biji janguih tu. sedap dak? wuihhhh! mmg lazat dan rangup! lemak berkrim! mmg nikmat! so, macam mana nak buat biji janguih bakaq ni. mudah dan senang jer.

1. buang biji daripada buah.
2. cari talam, batu2 besaq utk buat tungku/pelapik, pelepah pokok nyioq(kelapa), kayu panjang(sebagai senduk)
3. masukkan biji2 janguih dalam talam.
4. nyalakan api pada kawasan tungku/pelapik dengan guna pelepah nyioq.
5. ambik talam dan letak ataih tungku/pelapik yang dah ada bara api.
6. buat berapa minit, kacau biji janguih dengan kayu panjang. sebab apa guna kayu panjang? sebab bila biji janguih tu panas. dia akan meletit2/melompat2/menembak ke arah anda.
7. setelah anda berasa anda dalam keadaan bahaya, nyalakan satu pelepah nyioq dan letakkan/tutupkan biji nyioq yang ada atas talam.
8. maka terbakaq la biji janguih tu. jangan risau jika anda dapati biji janguih itu hangit/hangus. lagi hangit lagi nikmat dan rangup. sebab kalau tak masak/hangus, getah pada biji janguih tadi tak hilang.
9. selepas biji janguih tu btul2 hanguih/hangus, terapkan/terbalikan talam tadi guna kayu panjang yang ada ditangan anda.

utk aksi2 menarik, lihat kat bawah

Image hosted by Photobucket.com

10. lepas dah sejuk. anda boleh menikmati kenikmatan biji janguih bakaq.
11. utk lebih keaslian, ketuk biji janguih ditempat kejadian dan nikmati kelazatannya.

utk aksi2 kenikmatannya, lihat kat bawah

Image hosted by Photobucket.com

jadi, sekian utk projek sains pada kali ini. cari maksud monokotiledon dan dikotiledon cepat!

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

seronoknya..apsal ha aku xpenah ada peluang buat menda2 camni? ruginya rasa..

~lilin :)

8:57 AM  
Blogger analogi said...

mana pulak rugi. banyak la masa ko nak buat benda ni ... kalau nak try, pi bli buah jangguih, pastu masak kat umah ... kan boleh jugak tu

9:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

maksud aku, masak happening mcm dlm gambo tu. nmpak cam best je. nk bakar kat mana kat umah aku..aku dok apartment oii..

11:19 AM  
Blogger analogi said...

oooo, yang tu aku tak leh tolong! hakhakhak

9:34 AM  

Post a Comment

<< Home