//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Friday, January 13, 2006

Kalau Panas, Kirap!

Image hosted by Photobucket.com

Panas, sejuk, panas, sejuk, panas, sejuk, terkondensasi. suam. cuaca kini amat tidak menentu, buat aku jadi buntu. begitu agaknya yang berlaku pada manusia2 di sekitaran aku. lately, i always bump with people who are hot tampered (betul ke aku eja nih). panas baran, di sana sini bersepah2 macam sampah. aku jumpa di pasar raya, di jalan raya, di tempat kerja dan ... ahh! dimana2 saja. barangkali faktor cuaca yg menyebabkan manusia berubah2, manusia versi iguana barangkali. nasib baik tidak mempunyai fizikal kuku bak iguana, jika tidak, pasti sudah bercakaran di tempat kejadian. huh! apa sudah jadi, apa dah jadi pada kempen budi bahasa, apa dah jadi pada 'cemerlang, gemilang, terbilang' dan apa dah jadi pada kempen 'senyum' dulu. masuk mata kiri kanan, keluar ikut laluan bawah, kentut la tuh. membazir sungguh cakap dengan orang2 malaysia nih (merujuk pada mereka yang tak menyahut kempen2 di atas). buang karan la senang cakap. perlukah mereka mengamalkan method yang diperkenalkan oleh pengurus kemarahan lakonan jack nicolson (betul ke aku eja ni) dalam filem anger management. 'guusfrabaaa!' mungkin ni la ayat yang patut diamalkan oleh pemarah2 di malaysia. kenapa perlu marah dan kenapa perlu amarah? perlukah memotong barisan untuk membuat org marah? perlukah meng'hon' dari kereta2 mahal anda pabila berada dikesesakan lalulintas? perlukah berebut nak naik lif? perlukah menempeleng muka orang yang tidak bersalah? perlukah begitu? akal waras pasti mengatakan tidak, dan pasti hati tidak sehaluan. ego? anda egois? anda hebat hingga boleh mewujudkan kemarahan orang lain. boleh simpan sama itu egois dalam poket la! bak kata wan kamaruddin (betul ke aku eja ni), 'Apa kejadahnya semua nih?'. lebih baik ambik sejadah dan solat sunat, boleh la jugak hilangkan rasa marah.

last2, aku pulak yang marah2 dalam entri ni. oooo, rupanya marah nih, tindakan luar kawal kot. jadi sebutlah 'guusfrabaaa!' dan terus berwuduk serta solat sunat! anda akan suam selepas itu. sebarkan kecintaan sesama manusia!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home