//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Thursday, February 16, 2006

crita naga

Image hosting by Photobucket


"kesembilan2 naga tu sombong kerana fikir mereka terkuat"

sekali lagi bapak rudy muncul dengan filem baru. filem yg dijanjikan, kali ini bukan dengan tema 'cinta'. malah filem2 akan datang bapak rudy akan kupas kisah2 hidup mcm ni. aku suka tema kali ini sebab ianya segar. tapi tema 'cinta' ada resipi tersendiri menarik penonton. itulah yg terjadi semasa aku tonton filem ini, org yg datang nonton sgt jarang2. walaupun begitu 'cinta' universal masih wujud, itulah hidup. cintakan keluarga, cintakan kawan dan cintakan keamanan.

seperti selalunya, ni kali ketiga aku tengok filem bapak rudy, aku mmg suka warna dalam filemnya, tidak dull dan eye friendly. pada aku la. kali ni dgn tona brownish, kena pada 'rasa' keseluruhan crita ni yg mengenai kesusahan, kesukaran dan kepayahan dalam hidup. selain tu, angel2 camera pun cun. tak la asyik guna wide angle saja.

pasal critanya, aku suka cubaan bapak rudy yg nak mendalami luahan hati, rasa jiwa dan gerak fikiran sekumpulan pembunuh upahan. apa yang menyebabkan mereka memilih menjadi pembunuh upahan, apa yg menyebabkan mereka masih membunuh, dan apa/kenapa mereka mahu lari dari situasi itu (membunuh). mereke juga ada cita2 dan mereka juga fikirkan ttg masa depan. namun, mereke terhimpit oleh situasi yg telah mereka pilih.

barisan pelakonnya pula terdiri dari pelakon2 lelaki yg berjambang. dan seorang awek cun yg kurang bercakap. aku mmg tak kenal langsung pelakon2nya kecuali pelakon favourite bapak rudy iaitu fauzi (Lenny). mereka berjaya membuat aku gelak, cemas, gembira, lega, sedih dan dicintai. so kesimpulan, mereka berjaya melakonkan watak diorang. pada aku la.

crita ni di'rate' sebagai ganas kerana ada aksi tikam menikam dan tembak menembak. so, orang2 tua mcm aku jer yg bleh tengok.

kesimpulan, pegi tengok! kalau best, berbaloi. kalau tak best, anda pulang dengan ketidakpuasanhati. tapi aku puas hati!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home