//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Thursday, August 12, 2004

seminggu aku melangut



seminggu aku pulang ke rumah menyebabkan aku tidur hampir setiap masa. tambahan pula aku tak bawa balik komputer. jadi kebosanan yang ditempuhi aku penuhi dengan jadual tidur yang ketat. pagi, tidur; petang, tidur; malam, tidur. tapi bukan lah setiap hari aku tidur sebab minggu lepas banyak aktiviti yang boleh dilakukan; konvo USM, karnival dekat kuala ketil, konsert cik Siti dan beberapa lagi. dan aku memilih untuk pergi melawat orang utan di bkt. merah laketown. teringin @ mengidam nak pergi jejalan, so aku tanpa arah tujuan terus ke sana ... hujung minggu aku habis begitu saja. dan sebelum pulang ke skudai, aku pulang ke kampung sekejap. sekarang musim menuai padi. agak meriah la juga suasana di kampung. anak2 kecil teruja melihat mesin menuai padi, anak2 remaja sibuk menyerkap/menangkap ikan. ikan keli, ikan sepat, ikan puyu, ikan haruan, semua boleh dapat. si dewasa pula sibuk mengira hasil kutipan yang bakal diterima setelah padi dituai. si ibu pula sibuk menyiang ikan yang ditangkap. tapi sebab terlalu banyak ikan yang diperolehi, proses menyiang ikan selalunya dilakukan secara gotong-royong. itulah cerita seminggu aku.

gambar2 di terengganu aku release hari ini seperti yang telah aku janjikan ... ada beberapa lagi, tapi simpan untuk entry lain pula ... and kepada rakan2 yang bakal dianugerahkan ijazah hujung minggu ini, aku ucapkan tahniah. wassalam and have a good thursday.




melangut = tidak buat apa2/termenung

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

rasa macam tak nak balik skudai aaa, best betul melepak dekat rumah ...

[analogi]

12:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

bila baca balik, macam skema pulak ayat aku kali ni ... maybe dah 1 week tak letak entry

12:59 PM  

Post a Comment

<< Home