//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Tuesday, September 21, 2004

????

pada suatu pagi yang indah, tinggal seorang budak di sebuah bilik yang sepi. bila matahari sudah terpacak tinggi, bangunlah dia seorang diri. dia berfikir sejenak adakah hari ini hari yang indah. lalu dia pergi menghadap ke muka jendela dan menguakkan jendela supaya dia dapat melihat hari yang indah itu. bila melihat matahari terpacak di langit, dia tersenyum gembira ....

HAHAHAHAHA, dia terpikir ... "bolehlah aku BASUH BAJU HARI INI! horayyy" dia menyanyi riang semasa menuju ke tempat membasuh pakaian. dimasukkannya air ke dalam baldi yang berisi pakaian yang kotor itu, lalu bergegas kembali ke bilik. dia berhasrat merendam baju tersebut dahulu. setelah sejam, dia kembali ke sana .... TIBA-TIBA!!!! teng teng tennnnn ... terpacak seorang pemuda dihadapan baldinya, lalu dia terpikir adakah pemuda ini ingin membantunya membasuh pakaiannya. jika benar begitu, dia cukup riang pada hari yang indah ini ... tetapi secara tiba-tiba pemuda itu pun bersuara ....

lalu budak ini sedaya upaya mendengar dengan teliti cerita yang disampaikan oleh pemuda tersebut. alangkah terkejutnya budak ini setelah mendengar cerita pemuda tadi. hari yang indah dan riang tiba-tiba menjadi gelap gelita ... teng teng tennnnn ... apakah yang diceritakan oleh pemuda tadi? kita tunggu selepas commercial break ini ...

-----------------------------------------

huhuhu, ini cerita benar. ini kisah pagi tadi. sebenarnya mamat ni kena rompak, bilik dia dimasuki pencuri. dia tegur aku sebab nak tanya sama ada aku nampak dak ada orang masuk bilik dia. dia pergi kelas pukul 8.00, balik pukul 10++ macam tu. balik jer laptop dah hilang. bukan laptop jer, assignment dalam laptop pun hangus jugak ler ... apa la punya pencuri. jangan la curi masa hujung2 semester ni, menyusahkan orang betul

tapi mmg terer la pencuri ni sebab bilik ni di tingkat lima... mmg dia berupaya buat gaya spiderman untuk masuk bilik yang ada dekat tingkat lima ... oklah, tak best betul nak story cerita macam ni ...

dikesempatan ni aku nak minta maaf kalau ada buat salah pada sesapa. mungkin tersalah kata, tersalah tulis ker ... dan aku nak ucap terima kasih la kepada sesapa yang masuk site dan tolong aku sepanjang semester ni ... 2 hari nak hantar report akhir. minggu depan aku akan bentang projek aku. maaf dan terima kasih sekali lagi. wasslam and have a seducing selasa!

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hmm,kesiannya brader tu eh.bila baca entry ni,rasa macam...penatnya nak buat asgmt semula.geramnya laptop ilang. *sigh*

apapun,good luck untuk presentation nxt week! :)

[ zuril ]

3:46 PM  
Blogger Ikhwan Hayat said...

sama-samaaa :P

good luck :)

5:33 PM  
Blogger beeXan said...

Mmg betul ker citer tu... aku ingat diorang memain jer... ish ish ish... risau gak aku... dh ler nk present psm nie... biar la si pencuri tu dpt balasan setimpal drpd Allah... amin

12:54 PM  
Blogger analogi said...

semalam aku tengok dah ada notis dari tuan punya laptop tu mintak pulangkan balik dia punya laptop ...

pastu siap keluar pekeliling tu, dasyat jugak kes curi sekarang ni ...

*pekeliling-surat rasmi dari UTM (lebih kuarang mcm tu la)

11:49 AM  
Blogger beeXan said...

Semakin risau lak aku duk kt situ... ish... manusia... manusia... xder bender lain ker nk buat...

1:55 PM  
Blogger analogi said...

[zuril]: mmg bengang la kalau assgmt kita hilang mcm tu jer ... and tima kasih sbb wish me luck ...

[1kHz]: tima kasih sekali lagi ...

[ijok]: kena la basuh baju, dah berapa hari terperap jer
cornetto lagi ... kalau ada rezeki tu, ada la cornetto utk ko ...

[beeXan]: mmg la cuak ... sbb itu la pekerjaaan dia

12:54 PM  

Post a Comment

<< Home