//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Saturday, July 23, 2005

this journey: jalan?

Image hosted by Photobucket.com


jalan, itu kata akarnya. bila ditambah imbuhan padanya, lain maksudnya. berjalan beza ertinya dengan menjalankan. apa2 pun, dalam hidup ni, yang pastinya, dan sudah semestinya kita akan berada pada satu jalan. sama ada tersirat ataupun tersurat.

sukar untuk membicarakan tentang jalan. ianya kompleks, ianya subjektif. namun pada aku jalan semua makhluk tetap satu, menuju kepada Yang Maha Kuasa. Walau apa pun jalan yang kita pilih, semuanya akan bertemu di 'sana' nanti.

jalan aku masih jauh. dulu aku dilahirkan, menangis, gembira, itu kawanku masa kecil. masa itu aku di 'jalan perkenalan'. kemudian, aku di 'jalan pendidikan', tujuan harianku cuma berlajar, berlajar, berlajar dan mahu berjaya. alhamdulillah, selepas 'jalan pendidikan', kini aku di 'jalan kehidupan'.

'jalan kehidupan' bukan jalan biasa. jalannya penuh simpang, jalannya penuh berliku, dan jalannya bukan jalan tidak berlubang2. jalan ini belum biasa aku tempuh, jika tidak berhati2, pasti aku tersilap jalan, terbabas, ataupun ditemukan dengan lubang2/lopak2 jalan.

aku cuba cari 'peta' untuk 'jalan kehidupan', tapi itu cukup sukar. cuma petanya ada pada Yang Maha Kuasa.

------------------------

ahhhh! apa kata aku berjalan2 hujung minggu ini. mau kemana? kemana2 saja. selamat berhujung minggu.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

secara ringkasnya begini ya?
--> "LIFE IS NOT A DESTINATION, ITS A JOURNEY"
kdg2, sukar nak pilih jalan, ataupun manusia menunjukkan jalan salah yang kita fikir betul.atau kita terpaksa berpatah balik krn jalan tu, jalan mati. tapi, apapun, lebih baik berjalan, drpd tegak berdiri. :)

/zrl/

6:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

'jalan mati', jalan ni pasti sukar ... berpatah balik bukan senang, setiap langkah perlu diambil berhati2 ...

9:15 AM  

Post a Comment

<< Home