//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Tuesday, August 30, 2005

setahun lalu

Image hosted by Photobucket.com


berlaku, berlalu, tanpa rasa puas, aku tiba di tarikh itu, dan kau menjenguk aku kembali, mengajak aku mengingati dan mengajar aku untuk mendalami, menghayati dan menghargai seperti tahun2 sebelum ini. dan aku bersyukur kepada Yang Maha Kuasa, aku masih mampu teringin untuk meluangkan masa untuk itu semua. seraya itu, aku sekali lagi mengucapkan syukur pada Yang Maha Kuasa kerana memanjangkan lagi hayat aku dan dia.

Dia, dia adalah merdeka. dia bagi kebebasan, dia beri peluang, dia beri harapan dan dia juga adalah langkah pertama kepada semua ini, semua yang aku (dan kita semua) nikmati serta miliki.

walaupun usiaku separuh dari usia dia. tapi aku cuba untuk memahami segala kepayahan masa ber'angka'kan empat puluh lapan. aku anak merdeka, aku anak malaysia, dan syukur aku masih waras.

melihatkan dan memikirkan situasi dunia, aku sekali lagi panjatkan kesyukuran kerana aku tinggal bersama dia. dia rasa curiga, tiada rasa kecewa, tiada rasa ragu2 dan tiada ada rasa semua yang lain. aku cuma rasa bertuah, rasa bertuah, rasa bertuah dan rasa gembira. hatta, aku merayu aku untuk ingat ini, segala ini, bukan untuk hari ini, bukan juga untuk esok tapi selama sebelum tahun datang lagi. kerna tahun hadapan, aku akan baharui minda merdeka ini.

merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka!

"dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang, aku panjatkan doa agar negaraku Malaysia akan kekal merdeka, kekal aman, rakyatnya hidup harmoni dan sejahtera dan negaraku akan terus maju serta tidak terpesong"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home