//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Thursday, September 30, 2004

cerita yang lalu

tanggal 15 Syaaban, detik 8.30pm ... 12 jam sebelum cerita itu
-------------------------------------------



... seorang pemuda kelihatan tertunduk-tunduk sambil mengerut2 dahinya ... sesekali terlihat pemuda tersebut menggaru kepala dan kelihatan binggung. rungsing sekali nampaknya. namun, apa yang dirunsingkannya? apa yang fikirkannya? sesekali dia mengetip sang tetikus dan kemudian menyelak kertas2. kemudian pula, dia cuba menulis tapi ia hanyalah contengan yang kabur. bagaikan pengiraan matematik? mmm... adakah pemuda ini akan menghadapi peperiksaan matematik? atau hanya mengira baki2 duit yang ada untuk bulan ini? habis mengira, dia membaca pula.
jam 10.00am, tiba2 pemuda itu bangun. di ambilnya gugusan kunci dan kemudian menyelongkar almarinya. dan terus hilang.
15 minit kemudian, dia balik. ditangannya tergantung seplastik bungkusan. diletakkannya di atas meja. lapar rupanya mamat ni, mungkin pengiraan tadi adalah kiraan untuk membeli makanan kot. selesai makan, dia kembali mengerutkan dahinya. apa pula yang ingin dikiranya kali ini.
jam 12.00am, pemuda tadi ketawa berdekah2. apsal pulak ni? adakah dia berjaya mengira budget untuk bulan ini atau dia terpaksa melantak bungkusan meggi setiap hari. ooOOOoo, rupanya2, dia sedang menonton rancangan tv. ketawalah pemuda itu hingga tak ingat yang hari sudah lewat malam ...
jam 1.00am, sambil ketawa, dia mesyerika baju pula. pemuda ni kerja shif malam ker? hmmm ... selesai serika baju dan seluar, dia keluar menghilangkan diri.
jam 2.00am, kembali mengerutkan dahi sambil menyelak helaian2 kertas ... dan terus tertidur ... zZzZZZZZ

-------------------------------------------



riiiiiinnnnggggg!!!! ZzzZZZZZZ!!!!

tok! tok! tok! tok!... tok! tok! tok!
pemuda terjaga dari mimpi2 indah. sapa pulak yang ketuk pintu tgh malam2 ni, fikir pemuda tersebut ...
kreokk!!! pintu dikuakkan ...

huh! HUh! huh! alangkah terkejut pemuda tersebut kerana ada pemuda lain berada di hadapan pintu tersebut. pemuda tersebut mengangguk2 kepalanya sambil mengucapkan terima kasih. pintu ditutup semula.
jam 6.30am ... pemuda itu solat subuh dan kemudian duduk dihadapan meja dan mula mengerutkan dahinya ... apa kena dengan pemuda ni. sesekali dilihat pemuda ni mengelik tetikus dan membaca sesuatu. kemudian, dahi dikerut2 lagi...
jam7.15am, mungkin setelah puas mengerut dahi, dia berhenti dan keluar dari biliknya ...
tok! tok! tok! tok! tok! tok! diketuknya pintu bilik lain. isyh! mamai ker pemuda ni, pergi ketuk pintu bilik orang. kemudian, ada orang memnguakkan pintu bilik. pemuda itu mengganguk2 kepala dan terus beredar dari situ ...
7.30am, selesai mandi, disarungnya baju dan seluar yang diserikanya semalam. rupanya2 bukan kerja shif malam tapi shif pagi. kemudian, skali lagi diselaknya kertas yang ada di atas meja.
8.15am, pemuda yang biliknya diketuk tadi datang. mungkin pemuda ni adalah rakan sekerjanya. so, mereka bertolak ke pejabat jam 8.15am.
8.30am, awal betul sampai ke pejabat. boleh dicalonkan sebagai pekerja contoh ni. pemuda tersebut masuk ke sebuah bilik. maybe pejabat dia kot.
pukul 8.45 ... tiada orang ...
pukul 9.00 ... tiada orang ...
pukul 9.15 ... tiada orang ...
pemuda tengok jamnya, nak pastikan hari ini hari cuti ker? rasanya betul... hari khamis , 30 Sept 2004. mmmm....
9.30am ...

------------------------------------------



it all begin here ...

tadi adalah hasil merapu aku, so ni adalah situasi aku masa aku bentang projek aku ...
asalnya, dijadualkan 8.30am pembentangan bermula, tapi mungkin atas sebab2 tertentu, pembentangan dimulakan pada jam 9.30am...
secara jujur, aku dapat katakan aku mmg berdebar untuk berjumpa penilai ini. sebab hari sebelumnya aku ada tengok pembentangan yang dinilai oleh penilai ni ... aku dapati mmg sungguh teknikal soalan2 yang ditanya... tapi aku akan sedaya upaya untuk menjawab ...
9.30am, walaupun nama aku yang first untuk bentang, tapi pengerusi memilih supaya pembentang kedua untuk membentang dahulu ... untuk maklumat, hanya ada 2 pembentang saja masa sesi pembentangan aku ... jadi terpaksalah aku tunggu lagi ... "sabor, sabor, sabor ... dah hampir dah untuk selesaikan semuanya", pesan aku pada diri sendiri ...
actuallt penilai ni suka psycho orang ... kata2 psycho dia yang aku ingat "hah! lepas saya buli dia ni, saya nak buli awak pula", sambil memaling muka ke arah aku. aku pun apa lagi, dengan sedaya upaya aku menunjukkan muka yang penuh konfiden, aku angguk2 kepala jer dan senyum ... dia pun senyum ... hehehe ... hampir 45 minit kawan aku membentangkan projek dia, kini giliran aku ...
selepas nama dipanggil, aku melangkah dengan konfiden walaupun sebenarnya berdebar2 dan kecuakkan. tak tahu la muka aku pucat ker idak? huhuhu ... slaid demi slaid aku selak, penerangan yang penuh konfiden walaupun sukar aku menyusun kata ... ni la padahnya bila tak practice dulu ... aku lihat penilai semuanya hanya memandang dan kadang kala berbincang sesama sendiri ... aku pun tak tau sama ada mereka paham atau tidak, tapi aku harap mereka faham sebab senang nanti kerje aku ... slaid demi slaid dan mereka masih memerhati dengan penuh tekun ... kemudian aku bentang pula program2 yang ada, banyak pula rasanya sebab samapai satu masa seorang penilai berkata "dah sudah belum" ... aku tak kisah, aku present apa yang aku dah buat ... penat la aku buat kalau aku tak present ... walaupun sepatutnya ada beberapa slaid lagi, tapi sebab penilai dah tanya "dah sudah belum", aku berhenti setakat itu ... lagipun slaid2 seterunsnya adalah hasil pengujian dan kesimpulan ... aku cuma berdoa it will turn good ...
sesi soal jawab:
pada mulanya, tiada orang berkata2. aduhai, diorang ni tak paham ker yang aku terang ni ...
kemudian, penilai utama berkata2, aku harap soalannya takder la susah ... mula2 dia bagi pendapat, lepas tu dia tanya ... "apa kelebihan glKabus aku berbanding glFog?" akutarik nafas, aku cakap glfog ni uniform, so dia buat kabus untuk keseluruhan persekitaran manakala glKabus, kita boleh assign isipadu pada koordinat2 tertentu dalam persekitaran. lepas tu aku lupa lagi satu kelebihan. masa ni la aku nak lupa? aku biar dulu ... kemudian dia balas yang dia cakap dia ada nampak yang glFog ni boleh assign kedudukan. aku jawab je la ... bla ... bla ... bla ... kemudian penilai lain pula tanya ... aku jawab ... bla ... bla ... kemudian penilai yang sorang lagi pula tanya ... pastu baru aku teringat kelebihan yang satu lagi ... aku pun bla ... bla ... bla ... tapi nasib baik la tiada soalan yang betul teknikal ... aku tarik nafas ... kemudian pengerusi, tutup majlis. tugas aku dah selesai ... fuh lega2! akhir majlis aku jumpa pengerusi untuk dapatkan komen, and of course the result ... syukur2, tiada komen and lulus penuh ... aku panjatkan kesyukuran aku ke hadrat Illahi ... berkat sungguh 15 Syaaban ... alhamdulillah ...
and kedua2 pembentang pada pagi itu lulus ... berita gembira right?
-------------------------------



habis, pegi makan and then balik ... itu cerita yang dah berlalu ... terima kasih pada semua yang bagi tunjuk ajar, dorongan, nasihat, doa, pertolongan ... wassalam.

jam 11.30pm ... so berkumandanglah lagu "My Happy Ending dari Arvil Lavinge" ... so much for my happy ending ...

2 Comments:

Blogger Ikhwan Hayat said...

wow, looks like you really did have a great presentation! tahniah.. well done..
betapa seronoknya perasaan puas hati tu.. the long nights without sleep, and all those exhaustive research, writings.. its all worth it! isnt it?

4:19 PM  
Blogger analogi said...

yup!

9:55 AM  

Post a Comment

<< Home