//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Tuesday, October 05, 2004

jom nonton

nonton #1
----------

bersempena migggu reward utk diri sendiri. aku decided untuk nonton. so, aku pergi merompak daripada lanun VCD. aku ada terbaca review pilem The Terminal. biasalah review, mestilah macam best jer kan. so aku rompak cd ni. lakonan Tom Hanks dengan Catherine Zeta Jones.
nak cerita juga ker? secara ringkasnyer, ada seorang pelancong (Tom Hanks) pergi melawat New York. tapi setelah dia mendarat di airport New York, his country no longer exist. ni sebab perang saudara yang meletus di negara kesayangnya, Krokhozia (kalau aku tak silap la). so, passport dia no longer valid la sebab kerajaan negara kesayangan En Nobersky (kalau tak silap aku la) telah digolek dan digulingkan. jadi, dia tak dibenarkan masuk ke US. terperangkap la dia dalam airport tu sebab nak balik pun tak boleh akibat passport yang tak valid lagi. so, bermulalah kehidupan seorang pelarian di dalam sebuah airport dengan berbagai cabaran yang mendatang. pada masa yang sama, en Nobersky ni jumpa dengan peramugari yang cun melecun iaitu Amelia (kalau tak silap la nama dia) lakonan Catherine Zeta Jones. kalau nak tau kesudahan dan sebab apa dia datang, pergi la rompak lanun VCD atau boleh tunggu vcd ori. takder pinjam2!

yang menariknya, cerita ni macam cerita yang pernah aku baca dalam mastika dulu. seorang pemuda yang menunggu untuk mendapat kerakyatan dan masa menunggu tu dia habiskan dalam airport. namun setelah dapat kerakyatan, dia decide utk terus hidup dalam airport tu dan menjadi daya penarik airport tersebut.
tu la orang putih, dia orang ceduk cerita itu sket, ambil cerita ni sket, dah jadi cerita utk pilem. namun, orang pilem kita cuma nak buat cerita cintan-cintun yang laku jer. bukan semua orang pilem kita la.

theterminal-themovie

nonton #2
----------

bercakap cerita cintan-cintun, aku decide nak tengok cerita genre ni pulak. cerita pilihan aku bertajuk "Eiffel, aku tangkap cintan". aku nak tengok cerita yang mendapat sambutan di Indonesia ni. orang cakap lebih best dari AADC. nak cerita jugak ker? cerita ni mesti ramai yang dah nonton? cerita cintan mesti ada makwe dan pakwe, yer tak? pakwe dilakonkan oleh samuel rizal dan makwe pula dilakonkan oleh shandy aulia. biasala kalau cerita indon ni, dia punya pelakon mesti hensem2 dan cun2. and yang aku suka pasal cerita indon ni, dia punya rumah mesti cun melecun. sedap mata memandang. oklah, tita (shandy aulia) awek comel berusia 15 tahun dah ada pakwe tapi terpaksa sembunyi hubungannya dari ibu yang protektif. and pada satu hari, kawan ayahnya datang ke indon dan bawa bersama anak lelakinya, Adit (samuel rizal). and this adit guy merancang untuk menawan hati tita. but in a wired way. selepas tu, tengok la sendiri cerita tu la ekk! nak, pergi rompak lanun atau beli yang ori. takde pinjam2.

oklah, pilem ni senang tuk dinonton. apa beza dengan AADC? dia ada different specialty la. and lebih baik dari "30 hari mencari cinta". and aku lebih suka sountrack AADC berbanding pilem "Eiffel, aku tangkap cintan". orait, pilem macam ni banyak orang pilem kita dah buat. no komen la.

The Loner's Pit

0 Comments:

Post a Comment

<< Home