//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Tuesday, October 17, 2006

dahnakraya?

seminggu lagi!


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, October 13, 2006

dahnakraya? 1.4

Photobucket - Video and Image Hosting
yeah, yeah, idea! murtabak! murtabak! murtabak!

Wednesday, October 11, 2006

dahnakraya? (mollycoddle mind)

Photobucket - Video and Image Hosting

come out, come out where ever you are? arghhh!

dahnakraya? 1.2

Photobucket - Video and Image Hosting

idea, idea, idea! huh

Tuesday, October 10, 2006

dahnakraya?

dok sibuk2 dkt opis ni, teringat plak brapa hari lagi nak raya? hahaha. so, conteng2 la apa yg patut ... yeah, rayo!

Photobucket - Video and Image Hosting

p/s: tahun ni tak sempat nak buat kad raya. tapi kalau sapa2 nak request aku hantar kad raya, sila bagi alamat. kalau rajin aku pos la ... hehehe

Monday, October 02, 2006

ramadhan ke 8

Photobucket - Video and Image Hosting


awan berketul2 menghiasi langit biru, angin mengalun2 di angkasa luas, matahari megah menyinari, dan manusia sibuk dgn urusan masing2. dia punya masa, dia ada sedetik waktu, untuk menghela nafas, duduk memerhati dan mengetahui indahnya 7 ramadhan. masa ini untuk dia berfikir, merancang, dan berfikir lagi. tenang. dan sesekali dia memandang kotak berjarum dan bernombor di atas meja kayu di hadapannya. cuba merancang aktiviti hari ini. 4.00 petang. waktu ketika itu. masih berbaki tiga jam sebelum tibanya waktu berbuka bagi kawasan yg didiaminya. mahu ke pasar ramadhan atau masak shj dirumah. dia cuba merancang sambil angin2 petang berlalu dan menyapu lembut mukanya. segar. dia memandang ke atas. sekali sekala, ada burung terbang riang di udara. bebas. dan manusia masih sibuk dengan urusan dan pekerjaan masing2. dia dan 8 ramadhan. dia syukur akan kesempatan ini. 7 hari berpuasa. ianya menyelesakan. dia berfikir lagi dan merenung, bongkah2 besi menyelusuri garisan lurus di hujung sudut sana. manusia berpusu2 ke mana dgn kenderaan mereka. dia bertanya. mungkin ke pasar ramadhan atau ke tempat berbuka. fikiran itu cuba menjawab. hati menganggukkan sahaja. mungkin juga ada benarnya. tiba2.

kotak speaker itu menghembus seruan waktu berbuka dan sedetik terkemudian dia teringat akan keputusan yg tergantung tadi. dia terdiam sejenak. lalu. masak sahaja di rumah. kata putus. lalu dia tinggalkan pandangan petang yg indah itu dan pergi menguakkan pintu peti ais, cuba untuk memastikan sama ada masih ada ramuan dan bahan2 yang boleh di masak dan di makan buat juadah untuk berbuka. sejuk. terbias angin2 sejuk keluar dari kotak ais berjenama dari matahari terbit itu. di alih2 dan diperhatikan isi dalamnya. cukup. masih ada yg boleh di masak dan di hadam buat juadah berbuka. syukur. tapi masih awal untuk memasak. sejuk pula nanti makanan itu kalau di masak awal. lalu, dia melangkah pergi. menjauhi peti ais, dan menuju ke bilik air. asar. solat asar belum lagi. lega. tatkala air menyapu dan membasahi kulit kering dia. dan dia tenang. setelah solat. dan ...

dia capai periuk nasi elektrik dan di isi beras ke dalam bekas itu lalu dijirus air ke dalamnya sambil dia meramas2 mesra beras2 itu. cukup bersih. dan dia mengetipkan punat di periuk nasi. tunggu. ia akan masak dengan sendirinya. mudah. tapi jika difikirkan dan difikirkan kembali. apa nasib org2 yg tak bernasib baik di luar sana. sempurnakah juadah berbuka mereka? sekadar sesuap nasi dan segelas air. dia syukur. masih punya nasib menikmati nasi yg dimasak dengan periuk nasi berkuasa elektrik. rasanya enak. tapi itulah dunia. itulah juga kehidupan. tiada kesempurnaan. apa yg perlu adalah cuba nikmatinya dengan sebaik2nya. merasa setiap hela nafas dgn cara yg paling baik. kerana tiada jaminan untuk nafas yg seterusnya. terkemudiannya ...

dia terus dgn rancangannya untuk petang itu. memasak buat mengisi perut pada waktu berbuka nanti. *dia sibuk memasak something* .
ia(makanan) bukanlah sempurna tapi sudah cukup buat rasa lidahnya untuk menikmati betapa indahnya ketika berbuka puasa. dia pandang ke dinding mencari objek bulat leper. sudah 6.50 petang. ada lagi beberapa minit sebelum berbuka. dia diam. dia diam. dan dia diam. duduk merenung dan berfikir. yang petang 8 ramadhan ini cukup indah. dan dia cukup syukur kerana punya peluang melaksanakan apa yg telah dirancangkannya. dia tunggu. dia tunggu. dan dia tunggu lagi ... esok, esok bagaimana pula. masihkah ada waktu untuk dia. 9 ramadhan. moga ianya indah juga.

selamat berpuasa!