//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Wednesday, December 29, 2004

dosAGE

Tuesday, December 28, 2004

:(

that one rough week on everybody and even me. early last week, we/i were shocked by arwah adik syazwani. she found dead in a parit, killed by dis'berhati perut' man. if you read the story, it is ashamed that people like us, i mean adult, would done such thing to a little girl. i suppose, we adult are responsible to take good care of them, not 'kill' them. damn! i wish, we people could live a healty, wealthy, responsible society.

at the end of last week, christians'celebrate Christmas. everyone were happy together, visit everyone houses, and get together.

the next day, we were surprised by the earthquake and tsunami. after flood in kelantan. this is were next biggest disaster we ever had. so many were killed, so many lost their shelter, and lots of lost their had. we heard too many sad stories because of this. and because i live near SP Hospital, load of stories flew by. its too sad to be heard, its to sad to tell. watching everyone faces, who lost their loves' one, who lost their good one. it just a sad, tough and rough week we had upon entering 2005.

again, i want to ucap takziah kepada arwah adik syazwani and to families that lost their loves one, and lost their harta benda akibat this disaster. sebagai muslim, as for me, sekurang-kurangnya we should sedekah al-fatihah to them. al-fatihah.


+pic credit to usez fotopages

[+]more photos
aibrahim.fotopages.com
usez.fotopages.com

Friday, December 24, 2004

Natal

I wish Merry Christmas to all who will celebrate it tomorrow.

Thursday, December 23, 2004

surat panas!

panas! panas! panas! baran betul aku dengan surat panas ni. tahu la diorang dah banyak berbakti pada aku. kalau yer pun, inform la dulu pada aku sebelum buat apa? takkan nak menyusahkan orang pula.

*opps! minta maaf. aku marah betul dengan surat panas ni. aku terpaksa luahkan juga hati panas aku ni.

pada masa aku sibuk, pada ketika aku perlukan ia, pada detik aku begging from them, pada masa tu jugak la benda2 yang macam ni came up. aduih! macam mana aku nak buat. selain bengang, marah, baran, panas hati, aku cuma boleh diam jer la. lagipun siapa aku nak teleng kepala diorang, nak cemuh, nak adu pada diorang. diorang ni the upper authority. takkan nak dengar orang bawah macam aku. huh! ~sigh, ~sigh again.

---------------------

hehehe! tak pasal pulak terasa nak marah. bukan apa, dah 2 hari aku tak dapat buka akau 'hotmail' aku. mana tau ada orang offer keje ker, orang offer freelance ker, rejeki aku semua dalam mailbox hotmail aku. yang aku tahu, hotmail sekarang dalam upgrading mode. korang yang guna hotmail dapat masalah macam aku ker dak? atau aku sorang jer yang menghadapi masalah macam ni. aduih! tolong la cepat sikit mr hotmail.

Tuesday, December 21, 2004

propose? purpose?









-----------------------------------------------------

what's this crappy thingy?




Saturday, December 18, 2004

berjalan berSAMAMU



pejam celik, pejam celik, makan tidur, makan tidur, tup-tup dah hampir setahun aku hidup bersama-sama 2004. cuma tinggal hampir 2 minggu jer lagi untuk bersama-sama 2004. kenangan bersama 2004 cukup menarik, gembira, kecewa, teruja, semuanya ada. aku bagaikan mahu bersama2 2004 untuk setahun lagi. melaluinya sekali lagi. bukan untuk apa. untuk memperbaiki segala yang aku percaya aku dapat lakukan dengan lebih baik, better than before. tapi itu semua tak mungkin wujud kecuali di alam doraemon. huh!

2004 adalah titik tolak untuk fasa hidup aku yang seterusnya. inilah fasa untuk aku bangkit dan merancang perjalanan bersama2 2005. aku harap dapat bersama 2005 dengan lebih baik tapi pengalaman bersama 2004 tak mungkin ada penggantinya. aku tak mahu imbas kenangan bersama 2004 disini kerana aku harap ia hanya akan menjadi kenangan aku dan 2004. selamanya!

sepanjang 2004, aku ditemani dan dikelilingi oleh orang2 yang bergelar rakan, kawan, sahabat dan guru2. mereka punya character dan istimewanya yang aku gelar sendiri. musuh? aku tidak tahu aku punyai musuh kerana aku tidak ingin bermusuh. kecuali mereka yang ingin anggap aku sebagai musuh. terpulang pada diri masing2. kepada mereka, rakan, kawan, sahabat, guru dan juga musuh(?), aku ucap terima kasih dengan pengalaman, perkongsian, pertolongan, pemberian kamu semua. pengalaman 2004 bersama mereka akan luput dari ingatan.

hidup 2004 aku pula penuh gembira walau ada susah dan sukarnya. tapi aku gembira kerana melaluinya. kerana aku tak mungkin akan dapat 'ia' dalam 2005. 2005 is another chapter. i won't to talk about it. tapi aku terima kasih dan syukur kepada Allah s.w.t di atas segala pengalaman yang diberikan. this was real!

kini aku cuma membilang waktu untuk meninggalkan 2004. i'll missed her pada waktu aku melangkah 2005. moga2 kenangan bersama 2004 memberi momentum untuk aku berterusan hidup bersama 2005. yea! good luck to all of us!

can we be friends


nak ambik, ambik la


>nak ambik, ambik la

lompat si katak lompat





there's more! i can't wait to change my layout!

Friday, December 17, 2004

sosial komersial

doing?: not idle, new layout in progress
at times?: games, outing
sleep?: had enough
music?: radio and new(kaset) korn greatest hits vol 1
tv?: none specific, i watch when i feel like i'm want to
plan?: RTWV but can't cause something important came out
learn?: lots of things

Wednesday, December 15, 2004

man! i was lost in my own space

:)

being :) is the most important thing in my day. when i'm :) ,i would perfectly over joyed and my life feel like it's so meaningful.

hidup aku :) bila aku bangun dari tidur, aku dapat bersarapan. hidup aku :) bila aku dapat minum susu setiap pagi. hidup aku :) bila aku on pc keje lama telah disiapkan. hidup aku :) bila aku mandi dengan senang hati. hidup aku :) bila aku boleh explore new thing in my pc. hidup aku :) bila aku dapat makan tengahari bersama2 'orang' itu. hidup aku :) bila petang aku dapat keluar ke pekan. hidup aku :) bila dapat pergi bookstore. hidup aku :) bila dapat baca buku free kat sana. hidup aku :) bila aku keluar dari kedai buku, ada benda baru yang aku tahu. hidup aku :) bila aku dapat ke kedai cd. hidup aku :) bila ada cd baru yang menarik boleh dibeli. hidup aku :) bila aku dapat ke kedai kaset. hidup aku :) bila ada kaset baru yang boleh aku beli. hidup aku :) bila aku boleh dengar lagu2 baru. hidup aku :) bila aku dapat jalan2 dekat pekan. hidup aku :) bila dapat tengok orang jalan2 di pekan. hidup aku :) bila aku balik, aku rasa puas hati. hidup aku :) bila petang si comel datang. hidup aku :) bila malam aku dapat mengadap pc. hidup aku :) bila aku dapat tunaikan kewajiban 5 kali sehari dengan lengkap. hidup aku :) bila aku dapat tidur lena dengan hati yang gembira.

hidup aku :) bila Malaysia menang semalam. yea!

Sunday, December 05, 2004

hati

kata orang "dari mata turun ke hati". orang lain pula kata "ikut rasa binasa, ikut hati mati". seorang lain pula menyeru "berhati-hati di jalan raya". jadi begitu banyak pepatah, falsafah orang mengenai hati. Selain akal, hati adalah amat dekat kepada manusia. Tidak salah saya katakan, hati berkuasa atas seorang manusia. Akal mengawal kewarasan, hati mengawal tindakan.

entri serius kali ini bukan untuk berbicara sepenuhnya tentang cinta (cinta paling rapat dengan hati). tetapi cuma untuk menilai hati sendiri disamping kewarasan yang ada. lagi orang cakap, "ikutlah kata hati, lihatlah dengan mata hati". kenapa begitu? jawablah dengan kata hati anda.

hati-hati, jagalah hati! rosak hati, rosaklah kesihatan roh. aku pernah dengar ustaz dan ustazah membicarakan tentang hati. kata mereka "jika kita buat sesuatu yang dilarang oleh Allah swt, maka timbullah tompok2 hitam pada hati kita". hati yang hitam pula menyebabkan kita terasa jauh untuk melakukan kebaikan dan juga menerima ilmu.

hati-hati, jagalah hati! penyakit hati sukar diubati! apa pulak! pergi hospital, ambik la ubat! tidak juga, hasad dengki, sakit hati, syak wasangka sukar diubati. ianya tumbuh subur tanpa kita sedari.

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)." (Al- Baqarah; Ayat 10)


* * * * * * * * *


keras hati, kadang kala aku bersikap sebegini. mengapa? entah! mungkin cuba meluahkan rasa protes! mungkin ingin menunjukkan rasa kurang senang! kenapa begitu? kerna aku cuba bersabar, kerna aku cuba bertahan dan mungkin aku tidak mahu meluahkannya. anda keras hati?

gerak hati, gerak hati membantu kita membuat keputusan. walaupun tidak selalu tepat Tapi membantu kita untuk selesaikan masalah. tidak salah aku ungkapkan bahawa gerak hati banyak membantu aku menjawab kertas peperiksaan objektif suatu ketika dulu. bagaimana dengan anda, serupa? tapi aku tidak tahu kenapa gerak hati dikatakan begitu sinonim dengan kaum hawa. yang selalu digelar 'instinct'. spiderman pun ada 'instinct' yang digelar 'spider instinct'. yup! spiderman hanya rekaaan. mungkin 'instinct' kaum hawa adalah salah satu kurniaan Allah swt kepada mereka. mungkin orang lelaki kata kaum hawa lembik, tapi diorang ada 'instinct'. ini akan membantu mereka hidup, berkeluarga, bekerjaya dan seterusnya.

jatuh hati, semua pun pernah bukan?

makan hati, atau dengan kata lain kecewa. tidak salah kalau saya katakan semua orang pernah kecewa, semua orang pernah makan hati. orang tidak kecewa, orang yang tidak gagal, adalah orang yang tidak berjaya meningkat. dalam apa jua yang kita lakukan, kita kadangkala kecewa. itu kehendak alam. kita pelajari sesuatu darinya, kita ubah untuk berjaya. saya makan hati kerna gagal periksa, saya makan hati kerna tidak berjaya ke universiti, saya makan hati kerna gagal mendapat pekerjaan, saya makan hati kerna gagal dalam persahabatan, saya makan hati kerana gagal dalam percintaan. kita semua makan hati.

oleh itu, hati-hati. jaga hati.



p/s: ikut hati, aku mmg tak puas hati sebab asyik dengan entri santai. kali ni saya berhati2 untuk ber'entri' serius. bicaranya tentang hati. namun aku tak punya hati untuk tulis berjela2 kerna hati ini tidak sebersih hati 'mereka'.

+tafsir Al-Quran dirujuk daripada http://quran.al-islam.com/mal

Si Kenari serah diri pada Sang Singa

oleh analogi




Singa pulang bergaya setelah kenari serah diri dengan gol sendiri malam tadi. Bagai pucuk dicipta ulam mendatang, Singa Utara tidak menoleh kebelakang lagi dengan hanya melakukan kemasan pada benteng terakhir dengan sesekali cuba mengacah benteng Kenari jika memperolehi peluang. Namun kerja keras benteng terakhir kedua2 pasukan menyaksikan tiada tambahan gol diperolehi. Benteng Perlis tampak mantap dengan usaha keras bekas pemain Kedah Andrian Jurad Chamrong. Manakala Kedah begitu cemerlang pada benteng terakhir yang diketuai oleh Cornelius Hugging.

Pada bahagian Midfield, pengusaan ketara milik Kedah dengan larian2 disebelah kiri dan kanan. Permainan Yusri Che Lah agak tenggelam malam tadi dengan tiada cuba2 jarak jauh darinya. Agak kecewa aku dengan permainan Yusri malam semalam.

Pada bahagian serangan, pemberat lebih kepada Kedah. Cubaan ke arah gol lebih banyak dilakukan oleh Kedah setelah mereka ketinggalan 0-1. Ini dapat diperhatikan oleh tandukan Hasmawi Hassan yang sipi ke kiri gol Perlis. dan juga cubaan2 sudut sukar oleh Macros Magno. Namun, Kedah tidak berpeluang merebut changes yang ada untuk memperolehi gol. Ini juga dipengaruhi oleh nasib yang tidak banyak memihak kepada Kedah.




Pada keseluruhannya, Kedah dilihat mendominasi perlawanan dengan possesion yang baik serta peratus success passing yang baik. Larian2 di sebelah sayap kiri dan kanan juga menarik. Namun peluang untuk melakukan cross dan percubaan agak sukar hasil daripada man-marking yang baik oleh pertahanan Perlis. Perlis juga tidak terasa kehilangan Feriza dengan adanya pemain muda yang baik mengawal benteng kiri Perlis. Namun, pujian harus diberi kepada anak buah Azrai Khor kerana mencuba sebaik-baiknya sejak wisel mula. Tapi yang nyata, Piala Malaysia 2004 milik sang Singa Utara. Tahniah buat Singa Utara sebagai juara, tahniah Kedah kerana mencabar hebat ....
and aku hadiahkan replika 'Tangan Emas' buat Andrian Jurad Chamrong kerana lontaran jauhnya berjaya menjadi penyebab kepada kemenangan Sang Singa Utara ... jumpa lagi dalam edisi Piala Malaysia 2005. Majulah sukan untuk Negara Malaysia ... Bai ... Baiii ...

+kredit gambar kepada utusan.com.my
lagi berita
Perlis ibarat di kayangan
Saya minta maaf - Megat
Kedah hilang tumpuan selepas ketinggalan

Saturday, December 04, 2004

RTWV

Thursday, December 02, 2004

yellow vs green

kedah! kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas sambutlah gagah
mujur lalu melintang patah

hijau .... kuning tandaku
darulaman negeriku


itulah bait2 lagu paling popular dekat kedah masa ni. pi mana2 pun mesti dengaq lagu ni ... tak kira la radio ka, orang menyanyi ka, mana2 pi pun boleh dengaq ...

jadi esok adalah kemuncak segalanya ... kepada 2 pasukan yang layak ke final piala malaysia, kedah dan perlis. tahniah diucapkan dan selamat maju jaya ...

ni ada sedikit buah tangan dari asrijamil.fotopages.com ... enjoy it! kepada penyokong kedua2 pasukan yg akan ke bukit jalil, pandu cermat selamat sampai! wassalam.

Wednesday, December 01, 2004

no word