//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Friday, February 16, 2007

enambelas

susur hari ni, tarikhnya enambelas. sisa2 hari ni terasa amat perlahan dan cukup membosankan. menjadi pekerja yg rajin dan menyiapkan kerja dgn cepat membuatkan aku terkontang kanting depan pc memikirkan aktiviti berfaedah yg boleh di 'execute' kan. fuh! tik tok tik tok tik tok ...


******



topik yg asyik dok dlm kepala aku nih cuma satu, H.I.D.U.P. hidup satu anugerah, ramai org ckp mcm tu. betul la, aku setuju. kalau aku tak hidup sekarang. aku tak bleh nak rasa mkn nasi lemak, nak bau wangi2an awek2 di KLCC, nak tgk matahari terbit dan terbenam setiap hari, nak merasa penat buat kerja, merasa sayang dan disayangi, meng'experience' hobi2 menarik lagi mengujakan. fuh, byk lagi ni benda yg boleh dirasai dgn kehidupan. mmg rugi dan bazir kalau hidup tak sungguh2. yerla, mmg aku akui kadang2 hidup jadi bosan, lembap dan mandom. entri lama2 aku pun ada yg mengeluh, kesal, kecewa, tertekan. tapi itulah H.I.D.U.P.

blog aku ni pun byk cerita pasal H.I.D.U.P, hidup aku, bukan org lain. kadang aku tulis, kadang aku lukis, dan kadang aku puisikan. hidup satu tanda tanya, hidup satu kembara, hidup satu pengajaran. tanpa hidup, tiada aku, tiada kamu, tiada siapa2. tanpa kamu dan kamu dan kamu, aku tiada hidup. aku manusia, hidup itu komunikasi. hidup manusia bersosial dan bersosial itu melengkapkan kehidupan. fuh! apa yg aku ckp nih? hahaha. ketawa, sedih, murah, gembira, kecewa, teruja, semua satu rasa, di gaul dalam frasa kehidupan. indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. aku syukur walaupun aku belum pasti apa tersedia untuk hari esok, aku syukur untuk segalanya. cuma aku takut, takut terlupa, alpa dan lalai dgn kehidupan ini. aku takut, takut aku jadi marah dan tidak mahu bersyukur kalau2 DIA beri aku halangan, beri aku rintangan. fuh! aku harap aku bleh ingat ini. DEM! aku juga pelupa. so, sapa2 tegur la aku kalau aku lupa. terima kasih.




********


hehehe, dah lama tak buat benda2 mcm nih, rasa lega dan best. besok dah start cuti raya cina, so slamat bercuti pada aku dan pada rakan2 yg sambut tahun baru cina. yea! sakit mulut aku pun dah semakin ok, hasil nasihat dan paksaan. terima kasih!




Tuesday, February 06, 2007

selak2selasa

bunuh rasa bosan

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting