//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, November 29, 2004

29 November 2004; 16 Syawal 1425H

pejam celik, pejam celik dah 16 hari kita di bulan Syawal. bermakna sudah 16 hari la aku sibuk membuncit perut. sepanjang 16 hari tu, tak banyak yang best berlaku kecuali acara makan dan rumah terbuka yang aku pergi. sekarang ni pun banyak lagi rumah terbuka yang sedia terbuka dan yang akan dibuka. minggu lepas pula, bukan sekadar rumah terbuka, kenduri kahwin pun ada, kenduri berkhatan pun ada. alamat acara membuncitkan perut lagi la bertambah rancak. rejeki la katakan. selain acara membuncitkan perut, ada 2 acara menarik yang lain yang telah aku sertai. pertamanya, revisit padang besar and keduanya pula acara gila pada si bulat.

revisit padang besar
------------------------
agak lama tidak ke padang besar, suatu tempat membeli belah yang sentiasa dikunjungi ramai terutamanya yang mahu bargain dan dapat rege murah. tapi aku pergi bukan untuk membeli belah tapi menumpang kereta orang yang ingin membeli belah. kalau anda sukakan kawasan kg, jalan nak ke padang besar pasti memberi keseronokkan pada anda. macam aku. walaupun nampak semak samun, hutan, sawah padi dan rumah kg jer. pagi yang panas dah terasa sebab asyik seronok melihat keindahan ciptaan tuhan dan manusia. tambah seronok apabila melalui ladang tebu yang jauh mata memandang. tapi malangnya aku tak berupaya merakamkannya sebab aku berada di side yang tak menarik untuk tangkap gambar. ditengah2 ladang tebu tu, nampak macam ada satu oisis (yg macam kat gurun tu). ada kolam besar, dan pokok2 serta rumah orang. mmg best! padang besar letaknya di sempadan malaysia-thailand. pekannya kecik ajer. kalau nak beli belah cuma ada satu tempat yang patut dikunjungi. sebab dekat situ banyak pilihan dan boleh la survey haraga yg paling murah. and kalau anda orang yang pandai bargain, sure tak sangka akan dapat harga yang paling murah. masa rombongan aku sampai (10 pagi), banyak kedai baru buka, so round2 kali pertama, jamu mata. sebelah kompleks tu ada pasar, ada jual buah, kuih, kedai kopi, sayur2, kraftangan dan juga pokok bunga terutamanya pokok orkid. sekali lagi akibat seronok menonton keayuan orkid2, aku terlupa nak snap gambar. kemudian, pergi kompleks balik and round2 kali kedua. aku tengok diorang (partner rombongan) dah mula membeli belah. dah ada 2,3 beg plastik kat tangan. hampir 2 jam jalan2 dekat kompleks, tiba masa untuk berangkat sebab hari ni hari jumaat. sebelum jumaat kena la singgah pekena nasi dulu. dekat perlis ni banyak kedai masakan kg yang sedap2. tu pun kalau pandai cari la. kitaorang singgah dekat restoran dekat ngan timah tasoh (tasik ni dekat dengan mrsm beseri). pekana nasi, kerabu, sambal petai, asam pedas keladi, ulam, and tilapia bakar. huh! terbuka selera. yum! yum! and 5 orang makan cuma about rm16.00. and lepas tu singgah timah tasoh, beli tilapia fresh untuk bakar kat rumah malam ni. yum! yum!

and that's a story of revisiting padang besar.



gila pada si bulat
-------------------------
ini cerita sedih, ini bukan cerita main-main, ini kisah benar. huwaaaaa! pada pagi 19 Okt 2004, dua pemuda yang sibuk melahap kuih2 raya, bersembang tentang hidup masing masing. kejap cerita sedih, kejap cerita lawak dan seminit kemudian cerita menjadi cerita merapu. tapi dengan tidak semena-mena, tidak tahu dari mana ia datang, terpacul berdiri diantara dua pemuda itu. ten ... ten ... tennn... (sound efek suspen). maka terpacul dari mulut salah seorang dari mereka untuk pergi ke satu tempat yang cukup keras lagi dipenuhi lembaga2 yang riuh rendah. dengan penuh yakin dan berani serta bersemangat waja, pemuda yang seorang lagi pun menganguk2kan kepalanya tanya setuju dengan perancangan merbahaya itu. (bahaya sgt ke?) seminggu sudah mereka merancang dan tiada seorang antara mereka berdua ingin menarik diri. mereka cuba2 mengajak 2 orang lagi rakan untuk pergi bersama. kedua2 rakannya itu seperti acuh tidak acuh ingin mengikut bersama tetapi akhirnya berjaya memujuk semangat masing2 untuk pergi menyertai rancangan ini. setelah keempat2nya setuju, ketua rombongan menelefon pula seorang pembekal 'barang baik' bagi membolehkan mereka memasuki kawasan yang dikatakan keras dan akan dipenuhi lembaga2. dengan serta merta pembekal tadi setuju akan cuba mendapatkan 'barang baik' bagi memudahkan 4 sekawan ini meloloskan diri ke tempat yang ingin ditujui.

hujung minggu telah tiba, 4 sekawan pergi menemui pembekal sebelum ke tempat keras tersebut. alangkah terkejutnya mereka apabila pembekal memberitahu bahawa 'barang baik' itu tidak dapat diperolehi akibat kesilapan teknikal. mereka tidak cepat melatah sebaliknya ingin mencuba 'plan b' (bkn album too phat) pula. walaubagaimanapun, pembekal memberitahu akan cuba mendapatkan 'barang baik' itu sebelum malam hujung minggu (malam mereka ke tempat keras itu). paginya, si pembekal memberitahu bahawa 'barang baik' tidak berupaya diperolehi kecuali 4 sekawan tersebut dapat membayar harga yang tinggi. oleh sebab itu, seorang daripada mereka ingin menarik diri, maka tinggal la 3 sekawan untuk meneruskan rancangan mereka. pagi tu juga mereka pergi meninjau2 keadaan tempat keras itu bagi memastikan rancangan malam ini berjalan baik. selain untuk cuba nasib mendapatkan 'barang baik' disitu. tapi nasib tidak menyebelahi mereka. setelah itu, mereka meng'contact' seorang lagi rakan yang berupaya membantu mereka untuk mendapatkan barang baik @ sekurang2nya memudahkan mereka meloloskan diri dengan mudah ke tempat keras tersebut. rakan ini akan cuba dan ingin turut sama menyertai rombongan bahaya ini. jadi, dah jadi 4 sekawan balik.

setelah 4 sekawan tersebut berkumpul, selepas maghrib mereka bertolak ke tempat yang dihajati. dengan rasa berdebar ttg apa nasib mereka pada malam tu, mereka meneruskan perjalanan. sampai disana, tercari parking yang sesuai kerana sudah ramai lembaga2 yang telah tiba. huh! jenuh! ikuti sambungannya di bawah ...

* * * * * * * * * * * * *


dengan tiada tiket ditangan, 4 sekawan meredah banjiran kenderaan disekeliling stadium (tempat keras) untuk mencuba nasib. ribuan manusia membanjiri segenap ruang luar stadium menanti untuk masuk ke stadium kalau2 pintu stadium dibuka lepas setengah jam perlawanan berlangsung. 4 skrin besar sudah disediakan untuk peminat (termasuk aku) yang tak berpeluang mendapatkan tiket panas perlawanan malam tu. maka 4 sekawan ini terpaksa la mencari 'port' yang sesuai untuk menonton di skrin besar sahaja dengan harapan pintu dibuka 1/2 jam kemudian.



perlawanan separuh masa pertama cukup hambar, 4 sekawan berkata "nasib baik tak beli tiket, kalau tidak rugi jugak", ni la ayat untuk menyedapkan hati sbb tak dapat tiket. tapi permainan kedah (45 minit pertama) malam ni cukup mengecewakan. sang badak (sabah) sibuk menyondol kubu kedah dan membuatkan peminat2 kedah malam tu tak senang duduk. half time, 4 sekawan pergi meninggalkan 'port' baik mereka. mencari makanan dan minuman. separuh masa kedua bermula dan mereka segera mencari skrin terdekat. dekat truk polis pun bolehla, janji clear. permainan kedah dah mula menarik, lenguh berdiri pun tak terasa. keadaan bertambah riuh apabila kedah dihadiahkan sepakan penalti. semuanya sabar menunggu sepakan diambil. ...... namun, kejayaan yg diharapkan kegagalan yg diberi. sebaik saja tendangan penalti diselamatkan, peminat2 mula mencongak bahawa malam tu bkn milik kedah. semua kecewa. namun kesabaran mereka terbalas apabila kedah mengasak dan memperolehi gol tunggal malam tu. semua melonjak gembira dan meletup-letup la mercun saki baki hari raya lepas. oleh sebab keadaan semakin menarik, 4 sekawan terlupa tentang pintu utama yang sepatutnya sedia menunggu mereka. bila masa untuk balik, baru teringatkan pintu. lenguh2 kaki tidak terasa apabila kedah menang tipis malam tu. tambah manis apabila jiran tetangga, perlis berjaya layak ke akhir setelah menewaskan pahang. pasti meriah suasana di bukit jalil dan lebuhraya utara selatan menjelang perlawanan akhir nanti. dan 4 sekawan mula merancang untuk ke bukit jalil dan kali ini mereka perlu memastikan perancangan kali ini tidak lagi gagal. hehehe.

Saturday, November 20, 2004

Raya Fitrah

1 Syawal 1425
--------------

alhamdulillah, raya tahun ni best jugak walaupun tak semua dapat berkumpul pada pagi raya pertama, ada yang sampai petang raya pertama. seperti biasa, raya pertama, susah sket bangun awal sebab malamnya tidur lambat, sama ada tengok tv atau masing2 berborak, atau pergi menyibuk orang buat kerja. tahun ni sama la, lepas balik dari pekan jitra, pukul 1++ macam tu, sambung tengok tv sampai 3, 4 pagi. kalau dah bangun tu, terpaksa la cepat2 pergi mandi, kalau lambat kang kena beratur la. almaklumla, semua nak mandi sebelum solat hari raya. lepas mandi dan siap2 dan terasa hensem dengan baju baru. aku macam biasa, keje tangkap gambar. tapi bila ramai yang belum mandi, susah la sket. makan2 sket sebelum solat fitrah sebab sunat kan makan sebelum solat? lepas solat, baru semua kumpul dekat rumah untuk pergi ziarah pusara moyang2 dan tokwan. sebelum nak tunggu semua sampai, sempat la adakan sesi bergambar dulu. selepas selesai ziarah kubur, aktiviti bebas la. aku pergi rumah tok sebelah bapa pulak. petang baru balik. best2.

malam pula ada makan2, jamuan tertutup famili aku. makan besar la. best2. balik2 kenyang! alhamdulillah!



2 Syawal 1425
--------------

sepatutnya aturcara 2 Syawal tahun sebelumnya adalah menghadiri majlis perantauan kg imam. tapi tahun ni, dah tak buat sebab kepimpinan kg tahun ni tak dapat teruskan majlis tradisi tu. tak tau la sebab apa. pagi tu aku makan kuih raya dengan ketupat. lepas melantak ketupat terasa mengantuk pula, petang tidur. hehehe.

malam ada rumah terbuka pakcik aku, makan sate. huh! sodap. makan lagi! yea!



3 Syawal 1425
--------------

sambung pergi beraya. petang lepas makan ketupat, tidur, zzzZZZZzzz! malam hantar kakak aku ke shahab perdana sebab dia keje esok. malam tu aku terus balik sg. petani. balik tengok rumah. almaklumlah, rumah jiran baru kena masuk pencuri.



4 Syawal 1425
--------------

bangun lewat. online kejap! tak pergi beraya mana pun. memalaskan diri sebab petang nak balik kg. eh! mana ada malas, aku basuh baju la. hehehehe!

5 Syawal 1425
--------------

hari ni best, dapat pergi langkawi. hehehehe! tokey belanja la. bertolak dari kuala perlis pukul 8.30 pagi. sampai langkawi 9.30 pagi. beli tiket balik dan sewa kereta. aku pergi pagi balik petang. korang percaya tak aku sewa kereta ni. klik sini. hehehe, mesti tak percayakan? mana mampu beb, aku sewa kete ni jer. klik sini. pagi. round2 langkawi, kuah->porto malai->pantai cenang->galeri perdana->kuah. petang tu lepas solat zohor, tokey nak pergi membeli belah. so, pergi idaman suri, rams, ismail group. pukul 4 aku hantar tokey pergi dataran lang dan aku pergi jalan2 dekat samudera (supermarket terbesar di langkawi). cari buah tangan langkawi. last2 beli cawan. hehehe. pukul 5.10 ptg pergi ambil tokei dan terus ke jeti. hantar kereta. solat asar dekat jeti. bot pukul 6.00 ptg. sampai kuala perlis 7.00 mlm. huh! penat and enjoyed!



6 Syawal 1425
--------------

bangun lewat. makan kuih raya & ketupat. solat jumaat. lepas solat jumaat ada rumah terbuka ngan kesyukuran sedara sebelah bapa sedara. diorang baru balik dari australia, study dekat sana 4 tahun. makan pun sedap, sate pun ada. yum! yum! malam tu aku berangkat ke sg petani yang lama telah ku tinggalkan.

+credit kepada sepupu aku sebab tolong ambik gambaq



------------------------------

mmg best raya tahun ni berbanding tahun lepas. mungkin sebab dah abis belajar dah kot. mood pun lain. heheheheh. tapi bila dah abis belajar, orang asyik tanya 'nak kerja mana?' pulak. macam2. hehehe. and kepada rerakan yang balas kad raya, tima kasih. dah lama tak dapat kad raya! hehehe! salam aidilfitri dan maaf zahir & batin. wassalam.

3 malam

bila tulis tajuk ni, teringat lagu 'tiga malam'.

tiga malam ku mencarimu,
tiga malam hatiku sunyi,
bla bla bla ....




sebenarnya 3 malam sebelum raya aku pergi mencari sesuatu untuk hati yang sunyi ini, ewah, jiwang la pulak ... hehehe. bukan cari awek, cari duit raya la ... it begins ... masa aku balik hari khamis, 11 Oct 2004, diorang ajak aku pergi berniaga dekat pekan jitra. diorang cakap kalau berniaga 3 malam tu, boleh dapat duit banyak. tapi aku faham tu semua propaganda diorang untuk ajak orang malas macam aku ni. tahniah aku ucapkan pada diorang sebab propaganda diorang dapat menewaskan sifat pemalas aku. jadi, mulai malam 29 Ramadhan aku start business. solat terawih pun tinggal tuh! iysh! isyh! astaqfirullahal'azim. apa nak jadi pun tak tau. hehehe. solat 5 waktu tak tinggal la! huhuhu. so, 29 Ramadhan, 30 Ramadhan dan malam raya aku jaga business aku. alhamdulillah, boleh tahan la jugak jualan 3 malam tu. laris mengalahkan goreng pisang panas. aku jual apa? hish! mana boleh bagitau! apa? ... jual mercun? bukan, bukan ... jual kuih? bukan, bukan ... apa? lagi tak betul, bukan jual lemang la. nak tau jugak? tak payah la. kalau nak tau tengok gambar dekat bawah.



ada banyak lagi gambaq 3 malam tu dekat [sini]. pada aku 3 malam tu mmg best walaupun aku keje suke2 jer. tolong2 jer. aku jaga shif malam jer. siang letih aaa. so, korang tak boleh la mintak duit raya sebab aku keje takder gaji. pengalaman pun best jugak.

Thursday, November 11, 2004

surat kepada semua



big one

-------------------------------------------


insyallah, petang ni aku balik kampung. and kepada semua yang turut balik kampung petang ni atau hari-hari lain, bawak kereta atau motor tu cermat2. dan selamat sampai.

ketupat rendang di kanan kiri,
perut meraung meminta-minta,
aku ucap salam aidilfitri,
ampun maaf aku pinta.

wassalam.

Tuesday, November 09, 2004

let's paint it

now i want to introduce you a new game. not paintball, it's call paintwall! hehehe. 2,3 days back including today, i've been working with mr wall. yup, en dinding! it's been a pleasure to work with mr. wall. furthermore dah lama dah i'm not playing with brush and materials. all the time cuma sempat main dengan photoshop jer. so, this is one good oppurtunity to polish my skill yg dah berkarat. and let paintwall! colour selected & sponsered by my mum and i'm just the painting man. and jadi pengkritik sket2 la.



---------------------------------------


waduh, baru kejap tadi rumah jiran dekat rumah aku dimasuki kawaq (pencuri dalam loghat kedah). maybe masa orang baru pergi terawih, dia pun mulakan misi dia. bukan kepalang yang dia dapat angkat, tv, komputer, kipas stand and few others semua dia angkut. yang peliknya, sempat dia angkut mende2 berat tu keluar. dulu, orang satu aras aku kena rompak, ni jiran aku pulak kena. orang nak seronok nak raya, orang2 mcm ni pulak buat hal. apa nak jadi la sekarang. hidup cukup tak senang sekarang. minta di elakan daripada those thing. amin.

Monday, November 08, 2004

kampung revisited

i went back to kg imam again last week. i went back on thursday. actually, every weekend i went back to kg imam. it just like a routine to my family and i. eventually my father had that routine and i just followed him. that petang, it rains. yeah! it's feels good and the journey takder la rasa panas. as usual, my father drove and i just sat back and enjoy the scenery. how wonderful that is. hehehe. at that moment i wouldn't want to miss again in capturing the scenery i told you before. man! it just too beautiful for me to enjoy that day. i had captured few pics so that you can also enjoy that scenery. my god! it's god creation. it's just nice!



the first pic is a pic of gunung jerai. because it rains earlier, so we can see fog ni front of it. in my practical day at perwaja, i can see that scenery everyday. how wonderful! 2nd and 3rd pic are taken while we were passing by bendang and kampung near alor star. and the last pic was taken upon us entering my kg imam.



above pics were taken semasa we passing by pekan gurun. at that time, pasar ramadhan dah mula dikunjungi people who want to buy food for berbuka. pekan gurun is a small town and known because of the industri berat yang ada di kawasan gurun. kilang2 besar yang ada in Gurun are Modenas, Perwaja, Naza and Loji Gas Petronas.

we reach kg imam almost 2 minutes before berbuka. after berbuka, go for solat terawih. lepas balik, melantak all the food yang banyak bawah tudung tu. lepas kenyang, i went to tidur. the next day, i went to pekan jitra in order to search my baju raya. and what a coincidence, i jumpa baju raya yang dicari2. it just fit nicely. so tunggu apa lagi, angkat terus la. it just cost rm70. how great is that. hehehe. that night after solat terawih, we went back home. goodbye kg imam, minggu depan saya datang lagi.

p/s: seminggu sebelum raya mmg orang sibuk dengan persiapan masing-masing. tapi jangan sampai membazir pula. hehehe. peringatan untuk diri sendiri juga.

Thursday, November 04, 2004

berita hari ini

dalam negeri

kalau tak silap hari ni bebudak form 5 mula SPM. good luck to all of them!

luar negara

dengar berita, bush menang pilihanraya. so, apa yang best? mesti sekarang ni bush seronok sebab dah menang pilihanraya buat kali kedua. apa pula perancangan 4 tahun akan datang bush ni. nobody knows, only him and god knows. aku mmg tak berharap bush akan buat sesuatu yang baik, cuma aku harap dia takkan banyak menyusahkan umat Islam lagi. amin.

sukan

berita ni section yang aku paling suka. semalam kedah seri 3-3 dgn jiran tetangganya, perlis dalam perlawanan persahabatan untuk persiapan separuh akhir piala malaysia.

man u pula pagi tadi menang dengan gol-gol mudah en ruud van. hehehe!

Wednesday, November 03, 2004

grrr! dull

hmmm

a week of weakness



huh, it's been one week since i got here. the lazyness symptom sudah menunjukkan tanda2. huh! ~sigh. but early this week, i started to create some workaholic mood in order to basmi that lazyness. and early this week, for the 1st time, aku keluar ke bandar SP. huh! came to my shocked! is the traffic. weekdays pun traffic jam juga, dulu takder la mcm ni. mmm! aku rasa maybe populasi penduduk had increase kot. or semua orang dah berkemampuan nak afford a car. good thing but not the traffic jam. salah satu aku suka bandar SP dulu adalah sebab takder traffic jam. mmm! ~sigh again. the reason aku keluar bukan la nak rasa traffic jam but cuba nak try cari baju melayu utk raya thn ni. dalam kepala, baju raya thn ni mesti warna hitam. ingat nak bli warna hitam sebab nak pakai masa konvo pulak. 2 in 1 la, raya & konvo. cari punya cari, selak punya selak, takder yang betul cun. aduih! susah btul nak cari baju warna hitam ni. kalau ada pun, saiz tak ngam pulak. aduih. huh! ~sigh again. takder rezeki kot. maybe kena cari hari lain pulak, tired btul although nak cari one baju melayu ...

Monday, November 01, 2004

baju raya anyone?



si dia

perginya syaaban
muncul si dia
si dia yang ditunggu-tunggu
si dia yang dinanti-nanti

pemuda menadah tangan
syukur kerna masih berperasaan
ada peluang sambut si dia
ada peluang merasainya bersama

siangnya diuji kesabaran
malamnya pula terhidang keberkatan
anak muda terukir senyuman
berpeluang kukuhkan iman

satu malam dicari
satu malam dinanti-nanti
penuh barakah, penuh ganjaran
kesabaran si pemuda diuji lagi

si dia berlalu
bagai terlalu pantas dia pergi
terasa rindu si pemuda begitu tinggi
untuk menanti ianya kembali

si dia tetap pergi
si dia tetap melangkah
tapi ditinggalkan berita gembira
untuk yang merinduinya

si dia, ramadhan nama diberi
penuh keberkatan
penuh kenikmatan
ramadhan pergi, syawal menjelma

kad rayo