//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Thursday, December 29, 2005

Arggghhh!

Mari menjerit, menjerit dalam gerak cahaya ... ekpress jeritan jiwa anda di s i n i

---------------------------

dah lama ikut/tengok blog nih. tapi baru tergerak nak post!
idea yg menarik! congrats kepada yg mengusahakannya ... aku support.

nih entri aku untuk tema resolusi ...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, December 27, 2005

tata

Image hosted by Photobucket.com


setelah berbulan2 hidup bersama, melalui pahit getir serta masam masin manis disepanjangnya, akhirnya tiba satu detik dan sampai pada satu titik. lalu ungkapan itu keluar dari peti suara dengan terhasilnya getaran, dan frekuensi itu seterusnya memenuhi ruang udara ... *sunyi*
********

"tata!", kata2 itu kedengaran. jadi, itu menjadi titik akhir pertemuan dan inilah yang orang kata sebagai perpisahan. rasa sebak, sedih, murah, semuanya bergaul sebati dalam rasa hati. merasainya lebih susah dari mengungkapkannya. itulah kehidupan, orang cakap bila bermula pasti ada penamatnya, yang bertemu juga pasti berpisah, itu adat hidup.
********

tata, sayonara, goodbye, __________ (letak bahasa lain yg mempunyai maksud yang sama dengan 'tata') semuanya memberi erti yang kesamaan , bahasanya yang lain dan berbeza org yang mengukapkannya ... namun disebalik kesedihan merasai perpisahan, orang berkata bahawa semua itu terjadi dengan sebab dan ada hikmah disebaliknya. cuma perlu sedikit usaha untuk fikir apa hikmah disebaliknya ....
********

*bunyi teresak2* "tata sayangku!",mereka seraya berkata.
muahahahaha, selamat tinggal kekasihku 2005 dan selamat datang sahabatku 2006.

--------------------------------


Image hosted by Photobucket.com


alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. 2005 telah dilalui dengan 'selamat', walaupun aku kini mendayung di arus yang berbeza dari tahun2 sebelum ini. tapi, ini tidak bermakna aku dah berpuas hati dengan dayungan aku dalam melawan arus 2005. manusia mana yang senang berpuas hati dan manusia mana pula yang tidak tamak haloba. walaupun aku masih mendayung sedangkan orang lain dah pun memiliki enjin2 berkuasa kuda atau bot2 catamaran atau kapal2 kontena, biarlah mereka dengan 'labu2' mereka. aku perlu fokus supaya dayung aku tak patah sehingga hujung tahun ini dan terus mendayung hingga ke tahun 2006. hiyah! hiyah! *efek mendayung*
secara kasarnya, tahun ini aku mulakan dengan melangut2 dirumah disamping memenuhi hobi2 'pending' sejak di universiti. dan alhamdulillah, aku belajar sedikit ilmu dalam tempoh melangut itu, seronok cuba benda2 baru. aku juga berterima kasih pada parents aku yg tak terlalu memaksa aku mencari pendapatan pada 6 bulan fasa melangut tu ... terima kasih banyak2. yang manis lagi, 2005 aku dapat first job. pengalaman baru lagi! tanggung lagi satu guni baja. dulu aku cuma tanggung satu guni baja (jaga diri sendiri), tapi 2005 aku kena tanggung 2 guni baja, satu sendiri satu kerja. nasib baik la aku takdak awek lagi, kalu tidak jadi 3 guni baja la ... wakakakaka. ada org nak offer aku tanggung satu guni baja (awek) lagi tahun 2006? 2005 (6 bulan akhir) juga aku dapat banyak pengalaman baru, banyak yang benda yg aku ingin cuba, aku dah cuba ... yerla, nak dibandingkan sg. petani dengan KL, SP yang dicintai mana ada banyak kemudahan2 mcm tu. huh! sangat best! jadi aku namakan tahun sebagai tahun 'menggayung pengalaman'. muahahahaha, aku mmg sangat best, mcm 2005.
dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat hari natal kepada sesiapa yg menyambutnya dan juga selamat menyambut tahun baru kepada semua. sambut la dgn sebaik2nya ...

beauty kills

menjengah ke panggung bukanlah rutin aku, tapi adakalanya rasa gagah untuk menapak ke sana. kerna selalunya aku lebih selesa ketinggalan dan sekadar menonton vcd (vcd pinjam). isnin yang semalam, gagah kaki ini ke sana memandangkan jadual asal terpaksa dibatalkan. asalnya hati mengajak minda menonton 'baik punya cilok', nukilan that cool guy tapi syukur, tiketnya sudah sold out. paras tanda ke'laku'an filem Malaysia semakin baik. filem kedua yang terpacul dekat sel2 otak aku adalah filem terbaru arahan peter jackson. lagi pun seorang teman asyik bertanya aku udah nonton filem ni ka ngak. jadi aku pun beratur panjang membeli tiket di kaunter tiket tapi malangnya tiada awek cun menjaga kaunter. muahahahaha, bli tiket terus masuk on the spot (punya la lama beratur).
*menonton*
setelah 3 jam berada dalam panggung, punggung pun rasa kebas. dirumuskan, filem ni menarik (seperti selalunya). bukan apa, filem hollywood banyak menjual teknologi. ceritanya mungkin sama (dengan filem sebelumnya), dan babak klasik (memanjat banggunan) sudah pastinya ada. namun begitu, crita ni diselitkan dengan babak 'lawak'. itu satu kelainan untuk genre sebegini dan beza dgn filem sebelumnya (aku dah agak2 lupa filem sebelumnya). peter jackson mmg tak asing dgn efek2 cam nih, so remake kingkong aku rasa agak mudah baginya. jika anda cintakan haiwan, cool efek2 grafik, seorang wanita cantik, dan kingkong yg pandai berjenaka, silalah meng'mungkung'kan di panggung berdekatan. anda akan enjoy! selamat menonton.

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, December 20, 2005

lomography: 3rd


Image hosted by Photobucket.com

Thursday, December 15, 2005

.......


Image hosted by Photobucket.com
formating and sorting mylife out ...

last week, i learn to fly


apa?
Image hosted by Photobucket.com

dimana?
Image hosted by Photobucket.com

mengapa?
Image hosted by Photobucket.com

huh?
Image hosted by Photobucket.com
oooooo... ^_^ selamat sampai dan kembali.

Thursday, December 08, 2005

Lipsum?

apa kebendanye ni?

Monday, December 05, 2005

Macam Best

GraphOn