//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, February 28, 2005

(contain)

Saturday, February 26, 2005

batu keras



bila pikir pasal 'keras', orang akan fikirkan batu. benda apa yang paling keras dalam dunia? batu permata? tapi, hati/kepala juga boleh jadi 'keras'. keras hati, keras kepala atau sama dengan degil.

--------------------------------------


setiap hari, aku cuba menilai diri sendiri. apa kebaikan, apa keburukan, pencapaian, kegagalan, yang aku dapat dalam hari tu. setiap hari dinilai, difikir, difikir dan dinilai kembali, dapatan aku yang kerap keluar sama dengan hati.

apakah penyebab proses hati berubah. adakah ni adalah proses biologi makhluk yang dinamakan manusia. adakah hormon2 mula berubah? kenapa perlu berubah? adakah aku sudah lali, sudah tertekan? kenapa aku perlu tertekan? hahaha, banyak pulak tanya. sapa nak jawab?

--------------------------------------


apa cerita nih? melalut ntah kemana2. sebenarnya aku dapati aku jadi marah dan keras hati bila aku lihat orang yang menagih simpati. aku dapati aku sudah tiada rasa simpati. gerak hati mengatakan itu adalah lakonan dan pura2 untuk tagih rasa simpati. aku bosan dengan orang yang cuba ambil kesempatan dengan kelebihan/kekurangan orang lain.

jadi, tolong! aku minta, aku pinta, aku rayu. tolong jangan berpura-pura, jangan mengada-ngada, jangan tergedik-gedik. kalau aku jumpa, aku jadi bengang, aku jadi marah, aku bengang! aku tak mahu jadi orang yang tak tahu bersimpati. aku tak mahu hati jadi 'keras' bak keras batu.

Monday, February 21, 2005

kesal atau sesal

apapun kata akar bagi menyesal, 'menyesal' adalah sebijik 'hantu' yang akan menghantui kita tak kira kita ke mana jua kita pergi. hantu yang sering ekori jika kita tak mahu menghalaunya. anda pernah menyesal? jika jawapan anda tidak, saya katakan anda seorang yang berkeyakinan tinggi setinggi everest, atau anda egois atau pula cuba berfikiran positif. bagi yang pernah menyesal, itu bukannya kegagalan atau kelemahan diri tapi cuma kesilapan dalam membuat keputusan. membuat keputusan penting dalam hidup mmg sukar. lebih sukar daripada menghadapi sebarang kertas peperiksaan. kerana kertas peperiksaan boleh diulang semula. hahaha. perjalanan hidup tak boleh diulang, cuma boleh diperbaiki.

anda pernah menyesal? terus terang saya katakan, saya pernah menyesal. cuma sesalan itu saya cuba jadikan panduan untuk cabaran hidup kemudiannya. sesalan yang paling kerap saya buat, sebagai pelajar adalah tidak cuba belajar dengan sebaiknya. masih ingat masa hari2 akhir menghadapi ujian penilaian sekolah rendah. saya sibuk menghafal peribahasa dan sebagainya pada malam sebelum periksa. membaca buku sambil memegang torch-light di atas katil di dalam kelambu. bila mengenang kembali saat2 itu selepas mendapat keputusan, hati cuba menyenangkan otak dengan berbisik 'mesti dapat semua A kalau aku baca dari awal2.' 'hantu' sesal tu hilang sekejap lepas bersungguh2 belajar, buat persedian awal walaupun takder la baca buku 4,5 jam sehari. setahun 2 lepas tu, sikap malas datang balik. 'hantu last minute' duduk atas kepala. provoke utk lebihkan main dari belajar.

tapi endah tak endah, berjaya belajar walaupun 3, 4 bulan sebelum periksa penilaian menengah rendah. tu pun sebab kena pergi kelas tambahan, kalau tidak pasti hantu sesal tu datang balik. relief bila dapat tahu keputusan. legaaaaaaa! jadi takder la peluang hantu sesal nak duduk bertenggek atas kepala. hahahaha!

selain belajar, hidup ini penuh dengan pelbagai pilihan, untuk mengelak 'kesal atau sesal' di kemudiannya, kita perlu pandai memilih. tapi bagaimana pula kita hendak memilih? anda tahu?

Monday, February 14, 2005

indah



indah
endah, ku ngak endah
simbah, aku simbah
mengapa kita harus berbalah

indah
kawan kita satu sekolah
juga sama2 selalu mandi kolah
kita tidak pernah mahu mengalah

indah
rumput itu sudah merah
bak bagai kamu masa marah
berhenti, cukup, sudahlah

indah
cukup, baliklah ke rumah
sudah, mari, berubah
Allah s.w.t, cuma satu kita sembah

indah
itu adalah hidup
indah
itu adalah cabaran
indah
semua ini adalah cukup INDAH

Thursday, February 10, 2005

terbaca, telah baca

that day was a boring day. i don't know why, but i felt so. no one to talk, nothing to watch and no computer to be with! man! it should be my boring day. after a idle situation, i felt that i need something to do. mundar-mandir 2, 3 times, until i saw this thick thing on the rack few meters from me. it walk nearing that rack and eyeing closer to that thick thing. ... i don't know wheter i should take it or just leave it alone. aku dalam dilema ... macam lagu popular makcik nora dulu, 'dipersimpangan dilema'. hehehe. after a few thought and i am still nothing to do. i think i should take it la. so, take jer la.

and there it was. in my bare hand. a thick thing on my hand. heavy and i don't know, should i left it, where it was few second ago? or ... alah, alang2 dah ada di tangan terunskan jer la. belek di depan, belek di belakang. boleh la buat isi masa boring. so, i started to read it, satu chapter ke satu chapter, best pulak baca buku ni. last2 habis baca tak sampai sehari. giler terrer. walaupun dah lama juga tak baca buku tebal mcm ni dalam masa tak sampai sehari.

tapi tulah, boring + ceritta best = mmg best baca buku. ntahla, mungkin keboringan tu hikmah utk aku baca buku tu. buku pengalaman + motivasi = bersemangat lepaih baca. tajuk buku tu kalau tak silap ' Petunjuk Jalan Kekayaan' tulisan Dr Rusly @ Chef Li. mmg best la. nak buat ringkasan ker? tak payah la kot. hehehe.

p/s: yang bestnya masa boring aku boleh baca buku setebal tu. hehehe

Monday, February 07, 2005

selamat

selamat tahun baru cina dan selamat tahun baru hijrah kepada semua yang menyambutnya!



*gambar dibawah sekadar hiasan



Wednesday, February 02, 2005

self taught III

hehehe, sejak balik semalam, terasa gatal tangan jer nak buat vector, hehehe. ni sempat buat pagi tadi





finally

cyberjaya visited

last sunday and monday, i've gone to cyberjaya for an interview. job interview actually. it was a fine visit. thanks to my sister and her friends for a night at their house. it was a great stay although it was only a short while. the interview was great. it is an experience for me. good experience actually.

Tuesday, February 01, 2005

self taught II





finally