//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, November 21, 2005

mulan


Image hosted by Photobucket.com

mulan
kau terang di kala siang
aku bimbang kau tak selalu terbang
bila suria menjelang
kau mulan si cahaya indah
tak pernah berpindah, tak jua kalah
masih disitu membatu sejakku dibangku sekolah
oh mulan, kau lah bumbung malamku
dimasa aku duduk berbangku disitu
aku lihat kau jauh berbatu-batu
mulan oh mulan
malam ni tak seperti semalam
pak awan tiba berbalam-balam
lalu kau hilang dan aku jadi suram
esok, aku dan kau berjanji
untuk ulangi janji temu di malam yang sunyi
aku dengar unggas-unggas riang menyanyi
serta sang bayu datang bawa penyeri
oh indah, kau bagaikan dewi ratna sari
penyeri yang menyanyi dimalam sunyi
mulan si bulan
harap paksi ini tak akan pernah tumbang
walau mana yang lain cuba menyumbang
hope i have that old scenario
so day by day
i read the story of all
for us to share
before i got that call

Monday, November 14, 2005

lomography+hitam+putih

Image hosted by Photobucket.com
lomography+hitam+putih

Selepas Senang

Image hosted by Photobucket.com


selepas senang, it's time to susah.

beraya sakan dahulu,
berfikir kemudian,
berseronok2 dahulu,
bermaggian kemudian.

raya dah habis (raya sebulan?), duit pun dah habis (ada la sket lagi untuk bajet mee segera). jadi dengan itu, bulan ini adalah 'bulan mee segera'. hidup mee segera!

Friday, November 11, 2005

hari-hari yang lepas

alhamdulillah, syawal tiba lagi. seperti tahun2 terdahulu, ia kembali selepas ramadhan. ia khusus bagi semua yang berjaya dalam perjuangan sewaktu ramadhan. cerita terkemudian mencatatkan hari2 aku akhir ramadhan hingga muncul syawal

Image hosted by Photobucket.com


30Sepuluh05
hari ini hari yang aku tunggu2, sampai nak lelap mata malam tu pun susah. selepas sahur dan solat subuh, kami (aku, kakak aku dan sepupu) bersiap2 untuk pulang. sebelum detik 7 pagi, perantau2 ini memulakan perjalanan ke destinasi. destinasinya satu, kampung halaman yang digelar Kg Padang Perahu, Jitra, Kedah. hari itu indah, cerah dan menyenangkan, seingat aku tiada titisan hujan dan tiada kesesakan. perjalanan hari itu diselangi dengan RnR Tapah dan Bukit Merah. Kira2 (seingat aku) aku tiba ti Sg. Petani pukul 2++ tapi aku tidak singgah dan kira2 pukul 3++ petang kami tiba di destinasi. alhamdulillah, selamat sampai.
dikhabar dengan berita gembira tapi sedih. perlukah aku nyatakan disini? ia cerita kelahiran, itu saja aku mahu coretkan disini.
petang itu, aku, kakak, serta sepupu2 aku ke pasar ramadhan di padang sera (pekan seorang puteri terkenal, 'Puteri Lindungan Bulan'). aku seperti biasa mencari juadah2 yang belum pernah aku cuba tapi semuanya dah pun aku cuba. kakak aku seperti biasa mencari kuih habuk2 sebab belum pernah jumpa di KL. balik sini baru boleh cari.
waktu berbuka, semua org tak senang duduk. ia berita kematian, yang baru kini sudah tiada. berbuka sekadar mengisi kantung perut masing2. masa kemudian di isi dengan persiapan kematian. you know what i mean. alhamdulillah, sekurang2nya kita tahu Aisyah berada di tempat yang dimuliakan. InsyaAllah.

31Sepuluh05
hari baru, penangan semalam masih terasa. hari ini jom kita pergi shopping di padang besar. mari kita ke perlis. pagi tu ke padang besar, bukan aku yang shopping, diorang yg shopping sakan. ramai juga hamba2 Allah yang pergi shopping hari tu, al maklumlah dah nak raya. yang datang dengan kawan2, yang datang dengan ibu bapa, yang datang dengan tok tokwan, yang datang dengan aweks, semua ada la.
balik2, aku tidoq lena ... zZZZzzzZZzz
waktu berbuka, aku tak ingat apa juadahnya. yang aku ingat mmg sedap dan aku makan lebih malam tu.

01Sebelas05
hehehe, happy deepavali! mak ajak balik Sg. Petani untuk ambil beg pakaian dan barang2 untuk raya. akhirnya setelah hampir tiga bulan, aku menjejakkan kaki ke rumah ini kembali. hehehehe, seronok, mmg seronok! sebelum tu, singgah di TESCO beli apa2 yang patut untuk raya. mak aku borong air botol dengan segala macam kek (bkn utk makan tapi utk bisnes, kekekeke). sempat lelap sebenar di sofa sebelum berangkat pulang ke kg selepas zohor. kemudian, singgah di Jitra di gerai jualan (masih ingat lagi tahun lepas, tahun ni pun ada juga gerai jualan, aku juga dijemput turut serta). berada di gerai hingga 5++ sebelum berangkat pulang (aku jer yg balik, org lain masih ada kat gerai). singgah si pasar ramadhan Taman Mahsuri (kalau tak silap la). param tu dekat dengan Hospital Jitra, besar jugak param ni, mmg puas jamu mata. hari tu aku jumpa spesis kuih baru made in kelantan, tapi aku lupa nama dia. kuihnya manis2, harga pun boleh tahan. ker pakcik tu mmg nak kapak aku, letak harga mahal. hahahaha.
waktu berbuka, melantak hingga pueh hati. malam2 letih. aku tengok jer org kemas rumah, aku spesis yang malas, so naturenya mmg mcm tu.

Image hosted by Photobucket.com


02Sebelas05
ehh, hari last puasa! wahahaha, esok raya! pagi tu, tok aku sibuk buat ketupat. aku? aku tolong juga, tolong tengok2kan. tengok mcm mana nak balut ketupat palas, macam mana nak masak, macam mana nak buat rendang. mmg tolong, aku tengok2kan jer. sian tok aku. aku cucu yang tidak bertanggunjawab. lepas tolong tok aku, aku tolong tidur pulak. mmg bertuah punya cucu. kekekekeke.
lepas berbuka, YAHOOO! raya! ghayo! ghayo! jom, jom bakaq mercun. TEBABOM! takde2, aku tak main mercun, aku tolong support jer. aku mmg tak main. bunga api pun aku tak main, inikan mercun. kekekeke.
tiba2, kepala rasa satu macam, badan terasa ringan2. apsal pulak dah. tup tup, aku berselimut dengan kain selimut. kahkahkahkah, aku DEMAM di malam raya. mmg sungguh lagi tak best. nak join gerai jualan malam raya pun tak kesampaian, kalau tidak malam ni mesti meriah. alahai, aku pikir mmg la aku tak boleh rasa raya la, tak boleh sembahyang raya. mmg demam yang kaw2 punya. adeh! aku cuma mampu tengok diorang senyum simpul kat aku. aku tak bleh tidoq!

03Sebelas05
ghayo! ghayo! ghayo! adeh, letih badan aku. demam masih terasa tapi semangat raya melebihi suhu badan aku. macam dah disampuk, aku bingkas bangun lalu mundar mandir mendapatkan tuala dan ke bilik air. grrrrr! sejuk! air panas kan ada, korang ingat KL jer ada air panas, kg aku pun ada. huh, segar sket. Yeah! pakai baju raya, rasa smart semacam. hahahahaha. awal pulak siap, kita makan dulu! sarapan pertama setelah sebulan puasa. juadahnya mestilah ketupat sama kopi. wow! mengancam. ubat kena la telan jugak. lepas sembahyang raya, ziarah kubur.
balik rumah, seperti biasa, melantak kuih raya. org2 mmg tak putus2 datang rumah tok aku. berterusan hingga ke malam. malam, org dari pahang balik. bertambah la penghuni rumah tu malam tu.

Image hosted by Photobucket.com


04Sebelas05
ghayo kedua! pergi rumah tok sebelah bapa aku dan ziarah kubur. makan, makan, dan makan. biasa la raya, pergi mana2 pun org akan jamu makan. selepas jumaat, semua sibuk nak kenduri sebelah malam nanti. aku tolong2 apa yang patut, aku tak boleh la memandai2 nak masak ayam ker, masak kurma ker, silap2 boleh cancel kenduri. hari ini aku rajin sket, so aku tolong la. aku mmg cucu yang bertuah. hahahaha.
malam menjelma, semua dah beres cuma tunggu org jer nak datang. sebelum tu, aku melantak la dulu apa yang patut. tiba-tiba, (bukan aku nak demam lagi kali ni, aku dah sihat dah). tiba2, plup! (bunyi ini disengajakan untuk menambah kesan dramatik) BLACKOUT! hahahahaha, riuh2! org nak kenduri, boleh blackout pulak dah. surprise parti sungguh TNB ni. report la, apalagas. malam tu aku gelarkan kenduri candle light dinner. kekekeke, mmg nak makan dinner pun. kuikuikuikui. tiba masanya, tetamu pun datang. lilin2 dan lampu backup menerangi bacaan Yasin malam tu. and ... elok2 habis bacaan Yasin, lampu on balik. hehehehe, nikmat2. jadi kenduri candle light aku terpaksa dibatalkan. hehehehe. selesai doa2, acara makan pun bermula. habis makan2, kena la tolong kemas. letih2. zzzZZzzzZZZZzz

05Sebelas05
hari ketiga. ntah aku pun tak ingat aku buat apa. yang pastinya, makan, makan dan makan adalah agenda utama.
malam tu bertolak balik ke Sg. Petani. bermalam di rumah.

Image hosted by Photobucket.com


06Sebelas05
alahai, cuti dah nak habis so esok kerja. hari ni kena la balik KL. mak dan bapak nak follow balik sama. diorang nak beraya di KL pulak. kekekeke. bertolak petang selepas asar. biasa la, kalau bapa aku ada, dia la yang drive. aku apa lagi, tidoq la. kekekeke. jalan mmg best mulanya, tapi lepas tu mcm hampeh. kalau aku lari, aku sampai dulu. mmg slow sesangat. seksa2! bukan sesak dekat lebuhraya, jalan biasa pun sesak juagk. hari tu sampai rumah pukul 3++ pagi. esok dah nak kerja. ZzzzZZZZZZzz

07Sebelas05
kerja! kerja! kerja! pergi kerja, opis sunyi jer. tapi hari tu aku tak mengantuk pulak. rileks lebih banyak dari buat kerja. bos pun cuti la hari ni. kekekekeke.
jalan kewajipan yang wajib sesak lansung tak sesak hari tu ...
sambung tidur yang tertunggak, zzZZZZzzzzZZZzz

keseluruhannya, raya tahun ni boleh la, byk benda yang berlaku, cuma feel raya tu kurang sket ...
tu la serba-sedikit cerita raya aku tahun ni, tertokok terkurang tu adalah kelemahan aku sendiri.
salam aidilfitri, mintak maaf banyak2 kalau ada salah dan silap ...