//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Friday, July 29, 2005

dah 48 rupanya

sempena menyambut harijadi yg ke-48, aku hadiahkan ni pada ko! enjoice.


Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


semoga panjang umur merdekaKU

Saturday, July 23, 2005

this journey: jalan?

Image hosted by Photobucket.com


jalan, itu kata akarnya. bila ditambah imbuhan padanya, lain maksudnya. berjalan beza ertinya dengan menjalankan. apa2 pun, dalam hidup ni, yang pastinya, dan sudah semestinya kita akan berada pada satu jalan. sama ada tersirat ataupun tersurat.

sukar untuk membicarakan tentang jalan. ianya kompleks, ianya subjektif. namun pada aku jalan semua makhluk tetap satu, menuju kepada Yang Maha Kuasa. Walau apa pun jalan yang kita pilih, semuanya akan bertemu di 'sana' nanti.

jalan aku masih jauh. dulu aku dilahirkan, menangis, gembira, itu kawanku masa kecil. masa itu aku di 'jalan perkenalan'. kemudian, aku di 'jalan pendidikan', tujuan harianku cuma berlajar, berlajar, berlajar dan mahu berjaya. alhamdulillah, selepas 'jalan pendidikan', kini aku di 'jalan kehidupan'.

'jalan kehidupan' bukan jalan biasa. jalannya penuh simpang, jalannya penuh berliku, dan jalannya bukan jalan tidak berlubang2. jalan ini belum biasa aku tempuh, jika tidak berhati2, pasti aku tersilap jalan, terbabas, ataupun ditemukan dengan lubang2/lopak2 jalan.

aku cuba cari 'peta' untuk 'jalan kehidupan', tapi itu cukup sukar. cuma petanya ada pada Yang Maha Kuasa.

------------------------

ahhhh! apa kata aku berjalan2 hujung minggu ini. mau kemana? kemana2 saja. selamat berhujung minggu.

Saturday, July 16, 2005

this journey: do i need one?

Image hosted by Photobucket.com



yup. do i need one? soalan yang bermain2 di ruang lingkup fikiran aku sejak seminggu lalu. mana tak nyer. kepala dah boleh bergoyang, berjoget2. hidung dah mula berair bagaikan menangis. nafas tersekat2, aku kekurangan bekalan oksigen.

seminggu ini, cuaca tidak menentu. mendung, mendung, mendung dan hujan, hujan. aku jadi risau. kalau perkara ini dibiarkan pasti aku akan sakit kerongkong dan tonsil aku pasti 'meragam'. dan pabila dia sudah 'meragam', sistem aku pasti lumpuh. lalu, aku pasti terlantar di atas tilam yang tidak empuk itu sepanjang hari, dan hari kemudiannya dan mungkin keesokkan hari sampai ia tidak 'meragam' lagi.

dengan akal yang dikurniakan Allah s.w.t aku berfikir dan mengintai pengalaman lalu. dengan itu, maka terdetik di benak fikiran utk memberi supplement kepada 'sistem' aku. aku makan ia. aku beransur baik. alhamdulillah.

tapi, hari2 biasa, aku sudah biasa menerima supplement yang 'FOC', free of charge. supplement yang aku terima saban pagi dan lewat petang. apa itu? gas carbon monoksida yang terlepas dari mesin2 beroda dua. tiada kebaikan, tiada khasiat, tapi itu harga yang perlu dibayar untuk hidup di 'hutan batu' ini.

mana mungkin, satu FOC dan satu lagi berbayar. jadinya, aku mmg perlu satu, i need one. i need supplement.

Tuesday, July 12, 2005

this journey: rush hour

bila saja aku menulis tajuk entri ni 'rush hour', aku teringatkan sebuah filem dengan tajuk yang sama. cumanya kali ni bukan aku nak berstory pasal filem tu. entri ni mcm sambungan dari entri sebelumnya, 'this journey: the waiting game'. slow lawannya fast, waiting lawanya rush.

sehari2, masa byk terbuang dengan menunggu. jadi ramai org akan 'rush' utk cover up their lost time. jadi ramai la yang bertolak2 nak keluar lif, ramai la yang bertolak2 nak naik bas, ramai jugak yang bertolak2 nak naik komuter, dan semestinya ramai yang memotong 'Q' ketika di jalan raya. semua ni adalah adegan biasa, situasi sehari2 yang aku dapat lihat dalam 'hutan batu' yang bergelar metropolitan ini. itulah rempah-ratus, asam-garam, hidup di dalam 'hutan batu'.

tiada apa lagi untuk entri kali ni, sebab aku perlu 'rush'. wassalam.

Friday, July 08, 2005

Pangram

A quick brown fox jumps over the lazy dog

Pack my box with five dozen liquor jugs.
Just keep examining every low bid quoted for zinc etchings.
Quick jigs for waltz vex bad nymph.
Astronaut Quincy B. Zack defies gravity with six jet fuel pumps.
The five boxing wizards jump quickly.


more in creative behavior

Friday, July 01, 2005

this journey: the waiting game

Image hosted by Photobucket.com

penat2. mengah juga aku dibuatnya. dalam sehari2 pasti ada benda yang perlu kita tunggu. bagi aku, aku terpaksa tunggu jam bunyi, baru bangun. pastu tunggu siaran berita. pastu tunggu nak naik lif, pastu tunggu orang lain nak naik lif, pastu tunggu lif sampai bawah, pastu pulak, tunggu lif nak bukak, adeh nak kena tunggu orang lain keluar pulak. tunggu, tunggu dan tunggu lagi. lebih baik aku jadi tugu. macam Tugu Negara tuh. sedar tak sedar, aku hidup dengan menunggu saja.

jadi apa yang selalunya korang buat masa dalam keadaan menunggu. 1. berangan: huih! best jugak berangan ni. boleh berangan macam2. berangan nak jadi orang kaya, ada rumah 80 biji (dah mcm tmn perumahan), ada kereta 50 biji (mcm kedai jual kereta), ada duit sana sini. berangan2, apa2 pun boleh jadi. 2. tidoq: ni pun best jugak ni. pagi2 tu mmg best tidoq masa duk tunggu bas sampai ke pejabat. ok apa? 3. baca buku: sukar nak jumpa nih. tak tau la ada org buat dak. jarang sekali jumpa. 4. borak: boleh juga berkenal-kenalan dengan org. tapi kalau silap langkah, kena pelempang, penendang, maki hamun pasti dapat. 5. berselawat, beristiqfar: buat ni lagi baguih, pahala pun dapat. tapi tak tau la ada org buat ker idak. tepuk dahi, tanya diri sendiri.

seronok ke? tak seronok ke? kita semua hadapi situasi 'tunggu' nih. buat la apa yang termampu.

this journey: simpang siur

Image hosted by Photobucket.com


each junction leads us to a different place. 'bersimpang siur' i would like to say it. if i choose the wrong 'simpang', then i would be 'menyimpang'. and that's not a good idea. choosing a 'simpang' is not tough but choosing the right one is tougher.

simpang equal to options, on the road it called simpang, but in life, i call it options. i am really bad at choosing simpang. that means, i am a bad person at choosing the right options in life. am i? hahahaha.

since i move to this place called 'metropolitan', everyday i had to face that i had to choose the right 'simpang'. and most of my chosen simpang is not the right one. damn! it's hard to live here. but, i guess it's the training i have to practice everyday and i hope that i could improve my instinct on choosing the right options in life too. yea!

wrong 'simpang', no U-turn, very long queue, traffic jam. WOW! this is really tough. i guess the 'people of metropolitan' is one tough society. they are indeed.

simpang siur

simpang siur
sana sini penuh simpang
toleh sana sini
langut ataih bawah
lenguh... lenguh...

simpang siur
pilih satu
salah pilih, selak buku
cari-cari mana itu
pusingan U

simpang siur
mana ada itu U-turn
ini namanya lebuhraya
seluk2 kocek, cari kertas
namanya wang buat bayar tol

simpang siur
susah2, pilih simpang
silap2, dah menyimpang
nak patah balik, terbanyang pelempang
orang lain dah lama beratur panjang

simpang siur
bengang2
terasa nak menendang2
apa boleh buat, aku masih pendatang
duduk diam2, tunggu bas datang.