//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Monday, October 29, 2007

gantungan



dependent is such a simple word with such a big meaning. one never had the escapism in being experiencing such word. whether you're alive and healthy, or alive and sick or even you're dead. somehow, sometime, we all did it, done that. we all depend on others and so do others. you done that all time? i hope i don't. and do enjoy the lovely sounds from andy mckee. he just release a new album. till tomorrow ...

Monday, October 22, 2007

Raya 1428H



Episod1: Mengembara Raya

Raya datang lagi. Macam tahun2 yg dah lepas. Ramadhan pergi lagi. Macam tahun2 yg dah lepas jugak. Aku tak mcm dulu lagi. Tak macam tahun yg dah lepas. Umur dah tua dah. Kuikuikui. Macam tahun2 yg dah lepas, ni report raya aku.



Balik raya
Seingat aku, aku menuju ke kg halaman tercinta yg selalu di ingati dan di rindui pada mlm jumaat (hari khamis malam jumaat). Tak, aku tak terawih malam tu sbb aku rilek2 tidoq time terawih sbb nak aku nak jadi pemandu yg berhemah pada mlm tersebut. hahaha, alasan. Mlm tu cuaca baik, jalan pun tak byk kereta, aku dgn bersemangatnya memandu sambil ditemani makanan2 ringan dan juga co-pilot yg dgn sedaya upaya bercakap2 dgn aku. baguih2. Sepanjang perjalanan beratus2 kilometer, cuma ada dua tiga tempat saja yg sesak. tu pun sat saja. berhenti di tapah dan gunung semanggol melayan mata yg stim. hahaha, mengantuk weh. satu kali lagi berenti bersahur 2,3 ketul nugget bersama2 100 plus dan keropok cap chacoz. hahaha. Singgah sg petani layan tilam dan bantal. wah, best!

30 ramadhan
"bangun! bangun!" mak aku kejutkan aku. best sgt tidoq. huih, aku ingat dah raya, rupanya2 mak aku kejut nak balik kg. dgn selamber aku bgn lalu menuju ke kg halaman tercinta yg selalu di ingati dan di rindui tersebut. aku x ingat aku mandi ke tak. excited sgt kot. muahaha. perjalanan ke kg is smooth as silky. cewah! smpi je rumah tok aku, tgk2 tok aku dgn professionalnya dan berdedikasi sgn membalut ketupat. aku pun apa lagi. aku pun tolong la. tolong tgk je la. hahaha. Macam tahun2 yg lepas, tok aku buat dua versi ketupat palas. satu ketupat palas yg guna pulut biasa. pulut yg putih tu. satu lagi ketupat palas yg guna pulut hitam. pulut hitam tu mmg faveret tu weh. cicah dgn susu pecat cap teko. mmg menjilat jari la weh. hohohoho. best2. tok aku mmg otai buat ketupat ni. aku tak tolong mmg dia tak kisah punya. tak percaya, tgk gambarajah kat bwh. satu gambar dia buat sambil pejam mata saja. satu lagi gambar dia buat sambil tgk tmpt lain. hehehe. terer kan.



lepas dah setel menganyam ketupat. tak kisah menganyam ke, membalut ke, membungkus ke. haha. so bila dah setel, masak la dia. sambil2 dok masak tu, kena la buat rendang. proses nak buat rendang ni, kena la ada daging . daging ni kira hot stuff jugak time raya ni. so kena bli awal2. uncle aku awal2 pagi lagi dah pegi cari daging. so dpt la daging dgn tulangnya sekali. daging buat rendang, tulang buat sup. wah, sedap! gambarajah adalah seperti dibawah. gambar fisrt, gambar tulang, gambar 2nd, gambar rendang. gambar last, gambar budak yg tgh terliur nak mkn rendang. muahahaha. kalau korang pun dah muka mcm budak tu, sila la berkunjung ke mamak berdekatan sambil meng'order' roti telur 2. wuhuu!



Malam raya
oleh kerana terliur menonton rendang2 yg lazat tersebut, aku pun mengambil keputusan utk tidoq. lagipun aku sahur nugget saja. hahaha. lepas jaga. buka puasa dgn best skali. ikan bakar dgn ayer asam mmg terbaik. cabai/cili made in bukit mmg hot stuff. dh lama tak rasa pedas mcm ni. tambah nasi 2,3 pinggan. hahaha. sahur nugget la katakan. hahaha. dh habis sahur, layan upin&ipin sat. lepas tu aku pun tolong la apa yg patut. aku pun menyerlahkan la bakat terpendam aku dlm acara memasang langsir secara beramai2. hahaha.aku pun x sure aku tidoq pkl brapa. esok raya!



---------------


Angkasawan Malaysia dh pun selamat mendarat dkt bumi. Skuad Malaysia kalah 1-4 dgn Bahrain. Myteam2 pun kalah 0-2 dgn Indonesia. esok saja ....

Saturday, October 20, 2007

dinihari











8 syawal 1428

babak satu

hari dah masuk 8 syawal, secara automatik dh 8 hari umat islam di serata dunia dan juga di angkasa merayakan aidilfitri. ramai juga yg dh sambung balik kerja. student2 akan berpusu2 balik ke sekolah dan juga universiti masing2 hari ni dan juga esok. masing2 balik dgn semangat baru, crita baru, gaya baru, gosip baru, kenangan baru, duit raya yg byk, kuih raya yg dibagi oleh tok dan tokwan dan lain2.

aku nak ucapkan selamat hari raya pada semua org yg kenal aku or stalker yg dok usha blog aku. ampun maaf dipinta. yg jemput aku dtg raya tu, terima kasih byk2 and minta maaf kalau ada yg tak sempat nak pi tu. jgn la segan2 jemput lagi. report raya aku tahun akan dipublish nnt. aku sambut raya biasa saja.

jom la kita sambung tgk rancangan raya yg berlambak2 dkt tv tuuu.

babak dua
dah abis raya jom la layan istrumental plak. mcm lagu dendangan band akta angkasa dkt atas tu. sesuai utk jiwa yg sentimental mahupun pesakit mental. muahaha.

babak tiga
projek "architecture of density" daripada en michael wolf sgt memberi inspirasi.
sini hasil imejan projek tersebut

Tuesday, October 09, 2007

kirabawah

27 ramadhan 1428



countdown satu
mencari malam lailatul qadar cuma tinggal beberapa malam saja lagi. masing2 sibuk mencari tanda lailatul qadar. termasuk la aku yg sgt malas nih. hahaha. apa nak buat kaadang2 tu best pulak tilam nipis aku tu. huhuhu. tambah pula dgn isipadu perut yg padat dgn kuih buah melaka la, nasi la, ayam la, nugget la, sayur la, donut la, air barli la, air kosong la. dah mcm ular sawa kenyang makan kambing sekor. hahaha. apa2, toksah la tiru aksi aku ni. tak beretika la beb. sungguh memalukan. hahaha. apa2 pun, terus la cari malam lailatul qadar. manfaat dia byk tu. lebih kurang mcm bonus round. untung besar! selamat mencari.

countdown dua
esok waktu malaysia, sejarah aku tertulis dlm buku sains or sejarah tahun 2050. seorang anak malaysia jadi angkasawan atau cosmonaut negara. huih, bangga siut malaysia tersenarai antara 37 negara yg dah masuk ke angkasalepas. yer la, nnt2 kita buat la kapal angkasa sendiri plak. merangkak la sket2. smalam sebelum tertidur aku sempat tgk iklan program angkasawan malaysia. yg semua org sibuk2 nak pegi tgk siaran langsung pelancaran tu. hahaha. lawak! apa2 pun marilah kita sama2 doakan angkasawan malaysia yg terpilih (Dr Sheikh Muszaphar atau Dr Faiz) selamat pergi dan tiba. wohoo, best gila dpt beraya dkt angkasa. bleh pakai baju melayu ka? hahaha. kira 2 rekod la tu, 1: org malaysia pertama pergi angkasa; 2: org pertama sambut aidilfitri dkt angkasa. cool! kami doakan anda angkasawan pertama malaysia! slamat berjaya! dan selamat hari raya angkasawan ku! info soyuz



countdown tiga
raya! raya! raya! dah nak raya dah! tak sabar nak rasa feel malam raya dgn pagi raya. tima org takbir raya. wah! sungguh mengenang di zaman silam. feel time tu mmg paling best! tak dapat main mercun, tak dapat duit raya pun tak kisah, janji dpt feel tu. woah! tapi kan, nak balik tu berhati2 la dijalan raya. ceh, konon caring la nih. hahaha. serius beb, smalam aku sempat tgk berita sblm aku tertidur, hari pertama ops sikap siakap tu, lebih 600++ eksiden. byk tu weh. yg meninggal pun byk, aku dah lupa angka dia. mak bapak doakan la keselamatan anak2 mereka yg pulang beraya. insyaAllah selamat. baru la semua hepi2 time raya. woah! yg lagi best tu, tahun ni aku ada baju melayu baru, tahun lepas2 takdak. hahaha, kira bermakna la sket. lagipun tahun lepas aku demam malam raya. sungguh tak best. hehehe. doakan la kesihatan aku, supaya aku dpt meng'feel' di malam raya. woah! terima kasih.

countdown tiga
satu dua tiga lekuk ...

Saturday, October 06, 2007

24 ramadhan



dah tak lama dah nak raya

Thursday, October 04, 2007

ramadhanke-duadua1428

22 ramadhan



today dah 22 hari umat islam berpuasa. sekejap saja ramadhan dah nak pergi dah. statistik ramadhan aku kali ni, 1428 Hijrah sungguh tak memberangsangkan mahupun membanggakan. setakat hari ni, terawikh dah byk tinggal, lebih byk dari tahun lepas. huhu, ibadat lain lagi la. senyap saja. insyaAllah 8 ramadhan terakhir, aku niat nak buat apa yg patut. bulan ramadhan mmg banyak memori bagi byk org, itu salah satu keistimewaan ramadhan nih. memori baik mahupun yg tak baik. kalau buka topik pasal pengalaman dlm bulan ramadhan, sure ada benda yg nak dicerita. dan time mcm ni la ramai org cuba sehabis baik meng'update' blog/diari masing2. cerita pasal pengalaman pertama kali puasa, cerita pasal main mercun, cerita pasal pergi pasar ramadhan, cerita pasal berbuka dgn makbapak/kawan2, cerita pasal baju raya, cerita pasal kuih raya, cerita pasal gantung langsir, cerita pasal balik raya; drive ke, naik bas ke, naik flight ke; crita pasal dapat duit raya. macam2 la crita yg boleh di'blog' dalam bulan ramadhan ni. termasuk la aku sendiri. :)
mcm hari2 ramadhan sebelumnya, ke'excited'tan menyambut raya dan feel raya tu still aku tak dpt nak nikmati. sampai la ke hari ni. ntah ada apa yg kurang tahun ni. buat jahat byk sangat kot, tu yg tak berkat kot. kekeke. mungkin dah tua kot. maybe la, org crita bila dah tua, feel raya tu dah kurang. hormon testosterone dah tak membuak2 kot. muehehehe.
jom2, bli baju raya! sunat tuh pakai baju baru. ekeke.