//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Thursday, February 16, 2006

Jiwa Kacau: Cinta


Image hosting by Photobucket
Jiwa kacau!

crita naga

Image hosting by Photobucket


"kesembilan2 naga tu sombong kerana fikir mereka terkuat"

sekali lagi bapak rudy muncul dengan filem baru. filem yg dijanjikan, kali ini bukan dengan tema 'cinta'. malah filem2 akan datang bapak rudy akan kupas kisah2 hidup mcm ni. aku suka tema kali ini sebab ianya segar. tapi tema 'cinta' ada resipi tersendiri menarik penonton. itulah yg terjadi semasa aku tonton filem ini, org yg datang nonton sgt jarang2. walaupun begitu 'cinta' universal masih wujud, itulah hidup. cintakan keluarga, cintakan kawan dan cintakan keamanan.

seperti selalunya, ni kali ketiga aku tengok filem bapak rudy, aku mmg suka warna dalam filemnya, tidak dull dan eye friendly. pada aku la. kali ni dgn tona brownish, kena pada 'rasa' keseluruhan crita ni yg mengenai kesusahan, kesukaran dan kepayahan dalam hidup. selain tu, angel2 camera pun cun. tak la asyik guna wide angle saja.

pasal critanya, aku suka cubaan bapak rudy yg nak mendalami luahan hati, rasa jiwa dan gerak fikiran sekumpulan pembunuh upahan. apa yang menyebabkan mereka memilih menjadi pembunuh upahan, apa yg menyebabkan mereka masih membunuh, dan apa/kenapa mereka mahu lari dari situasi itu (membunuh). mereke juga ada cita2 dan mereka juga fikirkan ttg masa depan. namun, mereke terhimpit oleh situasi yg telah mereka pilih.

barisan pelakonnya pula terdiri dari pelakon2 lelaki yg berjambang. dan seorang awek cun yg kurang bercakap. aku mmg tak kenal langsung pelakon2nya kecuali pelakon favourite bapak rudy iaitu fauzi (Lenny). mereka berjaya membuat aku gelak, cemas, gembira, lega, sedih dan dicintai. so kesimpulan, mereka berjaya melakonkan watak diorang. pada aku la.

crita ni di'rate' sebagai ganas kerana ada aksi tikam menikam dan tembak menembak. so, orang2 tua mcm aku jer yg bleh tengok.

kesimpulan, pegi tengok! kalau best, berbaloi. kalau tak best, anda pulang dengan ketidakpuasanhati. tapi aku puas hati!

Sunday, February 12, 2006

this journey: the day i look back

Image hosting by Photobucket


yesterday(s), yesteryear. today is the day i look back as it's now i'm on the 2nd month of 2006 and after a few days in 1427H. i look did i go in good way or not, it accidently got me to think as the day past by this few months. although it's a mix of feelings and experiences, i really enjoying it. I meet new people(s) and definely more friend(s). I thank to you beautiful people(s). Plus i'm enjoying what i did now. syukur i'm still here and syukur for the oppurtunity 'HE' gave me.

Friday, February 10, 2006

this journey: through the rain

Image hosting by Photobucket


langit biru, awan kecil. awan berderu, lalu mendung. kemudian hujan. at least once a week langit petang menangis, bumi ini basah. dan pada ketika itulah aku, membonceng enjin 4 lejang beroda 2 meredah titis-titis air rahmat yg melimpah ruah membasahi kulit bumi. pada semua kebasahan itu, mujur tercipta objek kalis bernama baju hujan. yang dapat aku berlindung buat sandaran untuk tidak dibasahi hujan. alangkah baiknya jika menyelesaikan masalah semudah ini. bila hujan ada baju hujan, bila panas ada baju panas. namun hujan bukanlah masalah, tapi satu situasi, situasi yang mencabar manusia, kepada terciptanya baju hujan. walaupun tidak 100% berkesan, ia membantu. begitulah situasi dalam hidup, ianya tidak dapat diselesaikan dengan 'a blink of an eye'. ia ada kronologinya, ia ada sejarah, it takes times.

bila hujan, aku sutkan baju hujan, lalu membonceng dgn selamat ke destinasi. dalam hujan, through the rain, hari ini, atau mungkin esok.

Monday, February 06, 2006

satuampatduatujuhhesh

Image hosting by Photobucket


menanti pagi

malam,
terduduk aku semalam di dalam kelam,
mendongak jauh berfikir tentang masa silam,
yang dah berlalu dan pastinya bukan semuanya rasa suram.

kawan,
dan mereka datang dan pergi bak mengalirnya air di sg. tahan,
pahit manis bersama terlalu banyak dan kalau di isi sudah bercawan-cawan,
mereka adalah kawan dan bukannya lawan.

indah,
rasa teruja bagai tiada hari esok dan aku tak endah,
malam ini aku memuji bulan dan bintang tak sudah-sudah,
tanpa fikiran yang waras ia pasti mengundang padah.

menanti pagi,
masa itu sunyi dan aku tersenyum lagi,
perut berbunyi lalu aku membuka si tudung saji,
yang pasti tiada apa dan aku merasa sedikit rugi.

menanti pagi,
di suatu pekat malam,
ku teringat pada kawan,
bersama kenangan indah,
semasa ku menunggu pagi.