//ribbon

analogi

a place with pace that love peace

My Photo
Name:
Location: sungai petani, kedah, Malaysia

Friday, November 30, 2007

polaroid

ingat polaroid, ingat kamera. hari ni aku jatuh hati dgn lagu polaroid. aku kongsi 3 version of it.

verse1


original masterpiece dr band yg diberi tajuk 'Oh Chenta Ku'. great stuff!

verse2


yg ni plak versi ringan2. akustika extravaganza!

verse3


yg last versi piano oleh cik yuna. nice rendition. yum! yum!

semalam hujan lebat. yeah! aku layan lap dgn jetski aku sepanjang kesas. splashhh! hahaha

Wednesday, November 28, 2007

rabukeduapuluhlapannovember

al-fatihah untuk adik siti salmah jasni yg diberitakan meninggal dunia setelah beberapa minggu menjalani pembedahan pemindahan serentak jantung dan paru2.



pixelsurgeon is dead! alahai, satu lagi berita sedih la beb. pixelsurgeon, portal tempat aku melepak dlu dh pun tutup. sob sob! tapi takpa lah, sekarang dh byk portal2 baru yg bleh aku lawat & lepak. muahaha. apa2 pun, arigato' pada geng2 pixelsurgeon yg byk jugak bg impak pada otak kanan aku. hahaha. nak lawat en pixelsurgeon? pi la kat sini www.pixelsurgeon.com

hari ni ingatkan nak dgr lagu marah2, hentak kepala, tapi ada plak berita sedih. layan la lagu kerispatih tu yer. tenang sket jiwa nurani. ekeke. esok sajaaaaaa ...

Tuesday, November 27, 2007

tekan sebudak



click a child, itu nama program yg dijuangkan oleh sekumpulan sukarelawan yg muncul di myspace. sapa cakap myspace hanya tempat utk lepak2 usha awek. hehe. they are still new but they have done few programs. program bantu anak2 kecil utk berjaya. satu matlamat yg best.



if u share the same wavelength dgn mereka, sudi2kan lah diri menyukarelakan diri anda. bersama2 menjayakan, membantu, bekerjasama, dlm program ni. kalau ada rezeki lebih, u can always sponspor them. jika anda punya idea2 bernas, u can always put your ideas into the program. and i know everyone have their own specialities, you can always use it for these kids. ajar mereka apa yg anda pandai. jadikan mereka org2 yg hebat seperti anda. hehe.

for now their website is still under construction www.clickita.com tapi you can log on to their myspace site www.myspace.com/clickachild

dan dikhabarkan adik2 dari S K Kuala Pegang Baling Kedah akan datang ke KL pada 5,6 disember ni. if u have time, and anda interested to volunteer. contact asaiful@clickita.com

bwh ni aku quote dr buletin yg click a child post dkt myspace
Sila emel kpd asaiful@clickita.com
Personal Details :- Nama Penuh /NRIC No./Alamat/Tel. Nos./emel add./
Skills & Experience/ KELULUSAN aKADEMIK// What is your current employment status/ What specific roles are you interested in ? Type of volunteer work you are looking for? bIDANG pENGKHUSUSAN???
Do you have any medical conditions,allergies or disabilities that we need to be aware of? Semua butiran peribadi anda akan hanya dsimpan dlm Data Click A Child utk tujuan SUKARELAWAN sahaja dan TIDAK akan dedarkan kpd mana2 pihak ke3.

Wednesday, November 21, 2007

intipan



beberapa hari yg sudah lepas, aku ada terbaca berita (dkt eropah, aku x ingat tempat yg spesifik), berita tersebut tertulis majlis perbadaran tempat tu pasang beribu2 lemon cctv di kawasan subway mereka. wuhuuu. kata berita tu lagi, ini nak pastikan mereka dpt rakam semua pergerakan setiap org yg naik turun masuk keluar subway tu setiap hari. wuhuuu, gilaa! tapi tu dkt negeri org putih. kalau dkt malaysia, kita pun ada cctv. tapi cctv kita tak secanggih depa punya. kualiti gambar ala2 webcam je. hahaha. tapi kan, dkt area usj ni dh ada cctv. so, sapa2 yg dtg usj. kalau rasa nak korek hidung. sila kawal diri anda. sila behave! muahahaha ...



iskh, pagi2 langit dh moody. malas btul nak pi kerja. hahahaha. have a wonderful wednesday!

Saturday, November 17, 2007

masa



kenal masa sumide? aku suka sound pada 'say no more'. melodi harmonik yg sungguh heroic. ohhh, indah! hahaha. syabas utk en masa sumide atas kejayaan beliau menggayakan melodi harmonik itu. yeah!



masa itu makanan. di spain, masa itu sebuah 'dough'. org mexican juga juga memakan 'masa' yg di adun jagung2. nyam nyam. sedap! tapi bagi org malaysia. 'masa' tak bleh dimakan sama skali. masa itu penanda kitaran hidup. masa itu kehidupan. hidup selari dgn masa. masa tentukan kehidupan. buat apa pagi tadi, buat apa semalam td, buat apa kelmarin td, dan buat esok kemudiannya. sekejap lagi mau kemana pula, buat apa pula? semalam masa ktubah jumaat pun cerita pasal masa. masa oh masa. masa juga pencetus idea. dgn masa, ada jam matahari, jam dinding, ada jam tangan, menara jam. dgn masa, org bikin lagu (byk utk disenaraikan). dgn masa org bikin film (back to the future). kerna masa, org punya peluang tulis buku, berpikir, dan ... masa oh masa ... masa ni aku dh tak da idea nak tulis. lapaaaar. masa utk makan! hahaha. esok saja ...

Friday, November 16, 2007

berjayahoooooo

"kejayaan di tangan kita!" persis seorang politikus melaungkan keyakinan. itu juga yg aku rasa hari ni. tp aku bkn sedang melobi undi utk mana2 pihak yg akn bertarung dlm pilihanraya (akan datang!). hehe. actually i've got my answer that i've been waiting for so long. i got it this morning. my crazy acts over the weeks had paid me off brilliantly. i'm in joy. so, let sing a song. yeah!



btw, kepada semua pemilik slip keputusan UPSR yg mendapat 5A. congrats! bg yg tak dpt tu jgn putus asa. abg dlu pun mcm korang jugak. result UPSR takde la best. but, use it as a challange for yourself. invert it. someday you'll be a better person and maybe one of the best! yeah!

Wednesday, November 14, 2007

jelaskanjeles



aku tonton telenovela tak lama dulu, aktresnya indah2 belaka, actornya baik2 sahaja. critanya asyik bertekak siang malam, rebut harta. ahh, bikin ribut saja. mengapa perlu rebut harta, bkn tak boleh buat harta sendiri. hehe, itulah contoh pengaplikasian emosi jeles/cemburu di duniawi. jeles wujud dlm diri, produktif setiap hari. jeles sebahagian dr penghidupan. tapi, kalau sembang pasal jeles, benda yg paling sinonim, adalah jeles dlm relationship la kan. aku rasa kalau buat survey suruh org bg contoh scene jeles, sure org2 tu bg "scene relationship". mana taknya, aku buat survey dkt awek2 yg lalu lalang dpn shopping complex. hahaha. ok, back to the topic. *buat muka serius*



pada aku, jeles ni dh lama wujud, sejak aku lahir lagi. masa kecik2 time bayi, aku jeles dkt bayi2 lain dpt nurse cun2 jaga depa. dem! (sekadar penyedap cerita) masa aku budak2, aku jeles jiran rumah sebelah, dpt mkn aiskrim tiap2 hari. dpt mainan canggih2 dari aku. aku cuma dpt beli tora je. tu pun sbb aku menangis bagai nak gila. hahaha, kesian mak bapak aku. time skolah rendah, aku jeles kwn aku ada beg ultraman, bekas makanan ultraman, kotak pensel ultraman, pemadam ultraman. cis! lepas tu, bila dh besar sket, aku jeles kwn2 aku pergi skolah ada drebar. alaaaa, drebar bas pun kira driver jugak kan. aku pula tiap2 hari kayuh basikal. alhamdulillah, aku sihat skrang. terima kasih dkt mak bapak aku. time dkt universiti plak, aku jeles tgk kwn2 aku ada henset best. bleh dgr lagu siti nurhaliza. aku dgn henset siemens aku yg ada antena tu. muahahaha. itu seciput bentuk kejelesan. jeles ni ada byk cabangnya dan rantingnya. dan selalunya org anggap jeles ni benda yg negatif. bagi aku jeles ni still ada yg positif. jeles ni boleh guna utk majukan diri sendiri. kalau rasa org lebih dr apa yg diri sendiri ada. jeleslah dgn org tu, dan usaha lebih utk miliki lebih dr apa yg org tu ada. kalau org tu byk duit, jeleslah, insyaAllah esok2 korang kaya. so, bleh passing la dkt aku sket. hahaha. kalau org tu byk pandai, jeleslah, insyaAllah esok2 korang jadi genius. so, bleh ajar aku. dan kalau jeles mamat tu byk awek, berusahalah.



jealousy in a relationship? i think i'll pass. sorry to dissapointed you. have a wonderful wednesday!

nota: lagu di atas dendangan band nitrus, lagu separuh sbb masih demo. hahaha

Monday, November 12, 2007

disinikini



disini kini, dimana kemudiannya? dulu kita dijajah, kini kita mencapai 50 tahun merdeka. dulu cuma naik basikal, kini dah punya kenderaan banyak roda. dulu jual goreng pisang, kini dah punya restoren serata malaysia. dulu lain, sekarang dah lain. itu cerita indah kejayaan dulu2, kejayaan nanti bagaimana? takkan kini belajar pandai, kemudiannya jadi penagih dadah, takkan kini punya motorsikal pertama, kemudiannya jadi rempit, takkan kini mewarisi harta banyak, kemudiannya jadi pengemis. dan takkan kini sudah 50thn merdeka, kemudiannya merusuh memberontak tak tentu hala. kronologi sejarah itu cikgu masa depan. di sekolah dulu aku cukup sukakan sejarah. titik tolak kesukaan aku terhadap sejarah sbb aku kenal hang tuah lima bersaudara dan impian aku detik itu adalah berkunjung ke melaka. hehe. adik2 kini tak mungkin mudah suka sejarah. mungkin kini mereka lebih kenal 'the rock' drpd hang tuah. itu kini, kemudiannya nanti taktau lah. ingat masa dulu, org2 tua bercerita, anak2 sgt patuh dan taat pd org tua. kini dah sukar jumpa scene begitu. bukan nak ckp org, aku pun pernah buat macam tu.



disini kini, dimana kemudiannya? aku kini dah hidup suku daripada kehidupan aku. dlm beberapa puluh tahun lagi, kalau umur panjang, aku akan rasa separuh kehidupan aku. secara jujur, lepas habis berlajar dan mula berkerja. aku dah tak byk merancang. hidup aku lebih 'go with the flow'. cara itu bukanlah sesuatu yg baik utk dipraktikkan. adik2, sila jgn tiru! hahaha. but alhamdulillah, aku berterima kasih kepada org2 yg suka paksa buat sesuatu demi masa depan aku. baik sungguh! kini korang nasihat aku, insyaAllah kemudiannya aku dpt tolong org2 ni. sama2 kita merancang hari ini, dan sama2 kita melaksanakan esok. jika semalam tak berapa baik, jadikan hari ini lebih baik. jika semalam sudah baik, it's ok jika hari ini juga baik. jika semalam sudah terbaik, jadikan hari ini terbaik ganda dua. hari ini kita disini, insyaAllah hari kemudiannya kita sudah tahu dimana kita berada.

nota: selamat berjaya menjawab soalan peperiksaan!

Wednesday, November 07, 2007

jalankanpenghidupan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


hidup itu perjalanan. mula dgn esotan, kemudian merangkak, bertatih dan seterusnya langkah pertama berjalan sendiri. hidup ini terlalu sinonim dgn yg dikatakan perjalanan. perjalanan yg tak mungkin berhenti dek kerana desakan masa, desakan keperluan, desakan duniawi dan bermacam2 lagi desakan. pernah terlintas yg hidup ini berjalan atas dasar paksaan dan bukan kerelaan? mungkin pernah tapi hakikatnya, semua kehendak kemahuan kita sahaja tak akan membawa kita kemana2. desicion making dari diri sendiri tak pernah akan menguntungkan kita untuk satu jangka masa yg panjang. bantuan itu perlu. kerna hidup yg berjalan ni bukan satu tempoh yg singkat. tidak sesingkat memasak megi, tidak sesingkat memberus gigi, dan juga tidak sesingkat mengenyit mata. perjalanan melangkah dari detik permulaan sudah pastinya sukar dan perit. seperti waktu mula2 belajar mengikat tali kasut sendiri, waktu mula2 blajar mengayuh basikal dan waktu mula meng'impress'kan sesorang. sukar juga bagi mereka yg sudah selesa di atas dan kemudiannya jatuh kembali di dasar. sakit jatuh dah satu hal, perit mahu bangun pula satu hal. tapi itulah perjalanan, dan itulah ia kehidupan. jadi, teruskan perjalanan, dan sesekali ambil masa untuk pandang belakang, ...

Tuesday, November 06, 2007

cintabandaran



today punya playlist agak meng'exited'kan nafsu serakah membuat kerja. from jj to the double JM. slow and relaxing. it's suit ketat2, padan2 dengan saiz emosi hari ini. mengistilahkan cintabandaran hasil dengan JM the 1st mmg sgt mengasyikkan bak sebuah tajuk lagu dangdut 'asyik'. hahaha, gelek2 gelek2. easy flowing sound dgn lirik story telling yg semesti pastinya akan mencairkan gadis2 bila anda menyanyikannya. hahaha. tambahan pula dengan angin sepoi2 bahasa dan rintik2 halus hujan memadankan terus kekekatan emosi detik sekarang. wuhuuu. cintabandaran cocok skali bukan saja dgn emosi aku tika ini, tapi juga cocok dgn scene di kota kuala lumpur yg sibuk dan semak dgn emosi2 cinta. wah, inspirasi siot. kalau aku punya masa dan tenaga serta kerajinan, sudah pastinya akan terlahirkan satu motion utk suasana ini. indah! tapi aku dah lama tinggalkan motion, si cinta video kamera ku juga sudah sakit tenat. haish! jika tuan hamba dan puan hamba memiliki apa yg saya tiada (masa, tenaga, kerajinan), saya jemput tuan/puan bergeraklah menghasilkannya. indah! ini masa yg tepat, cuti sekolah sudah tiba, maka secara automatiknya merpati2 sejoli akan keluar terbang seiringan dan amat mudah di dapati di serata celah2 ibu kota cinta ini. wuhuhu! adik2 dirumah jgn cuba tiru aksi ni ok! hahaha. apa2 pun, selamat menikmati cintabandaran (different peoples interpret different perspctive, it's all yours) kamu sekalian.

untuk pencinta politiking, jenguk2lah persidangan org2 melayu kita. harap ada yg baik utk kita semua!

Monday, November 05, 2007

ujikajian

24 Syawal 1428H

masa berganti sepantas yg boleh. mcm editing fastcut dlm mana2 cerita dokumentari. awan bergerak laju, siang jadi malam, lampu2 kereta yg tak putus2. inspirasi byk hari ni! wuhuuu. aku rindukan kangkung! lapar siot! hahaha



lagu dendangan kumpulan evergreen search ni mmg sesuai utk gabung sama editing fast cut scene ibu kota kuala lumpur. hahaha, esok sajaaa ...